Thursday, September 30, 2010

anas dan baby walker

alhamdulillah..anas ni murah rezekinya. ada jek org bg brg2 utk dia. kelmarin, husband aku pegi umah kawan dia amik brg2 baby ank dia yg da x guna lagi. byk gak la. baby walker, pastu mcm keta tolak untuk budak baru berjalan (aku x tahu apa namanya), mainan n getah puzzle yg ada abjad tu yg lekat kt lantai (ini pon aku x tahu apa namanya). kawan dia tu nk bagi car seat n katil budak, tp keta da x muat. hehhehehehe...en. orang tua, time kasih ye!
so semalam anas x nk tdo, kiteorg letak dia dlm baby walker bersama monkey dia tu..wah!! bukan main seronok lg dia. tp kesian anas, uma aku tu sempit. so xde la luas sgt dia nk main. xpela, nnt ibu beli uma besar ye syg...hehhehehee
nk tepek gambar anas, x amik plak smlm. amik video jek..nnt la aku upload..daaaa!

Wednesday, September 29, 2010

anas 5 bulan

anas da nk masuk 5 (1/10/2010) if ikut tarikh. tp kalau ikut mggu anas da 22mggu lebih. banyak da yg anasda pandai. kelmarin, dia da pandai meniarap. sblm ni dari meniarap, dia bole melentang. now dari melentang da bole meniarap. semalam dia da dapat mkn ibu jari kaki dia.hehehhee..orang kata kalau pandai hisap ibu jari kaki, dia da nk adik..ohhh tidak!!!later la..lmbt lg. nk bg tumpuan pd dia dlu..heheheh..
la ni, mmg anas da makin lasak. kalau tido kt taska tu, da keluar dari tempat tilam dia.heheheh..anak ibu..anak ibu...

ibu, anas nk makan!

huihhh...anas da nk makan da. td tghari seperti biasa, aku akan turun ke taska anas. lepas cikgunya da mandikan anas, letak anas kt tengah2 tempat main. adalah seorang akak ni, tgh bg anak dia makan roti. anas tgkkan jek. pastu akak tu ty aku, anas da bole makan ke. aku ckp x berani la. sbb belum 6 bulan. aku just bg dia mkn pisang jek la. tp kalau ikut kiraan mggu, anas da 5 bulan lebih. tp kalau ikut tarikh, baru nk masuk 5 bulan. then akak tu hulur roti sikit la dlm mulut anas. bukan main dia makan. pastu mengamuk nk lagi. aduhhhh...mana aku nk cr makanan utk dia. yang mak2 lain kt situ tgk, suh aku try bg anas makan beras merah. dorang offer la beras merah anak dorang py. bukan main lagi anas makan. aku lambat bg skit jek meronta2 marah ni..alahai anak ibu..cian dia. aku pon mmg x buat byk la. biar dia try rasa dlu. marah ni bila da abis. takkan aku nk mintak lagi kot. lagipon itu 1st meal dia. so aku x berani nk bg dia makan byk2.
aku pon terus call husband aku. kebetulan dia kt giant tgh beli brg umah. aku pon cite la kt dia. minta dia belikan beras merah tu. kesian anas...rupanya da nk makan da anak ibu ni... hehehehhehe

Monday, September 27, 2010

anas, pisang n sembur2

ni nk cite psl ank aku pulak. aku da bg dia mkn pisang la.aku kikis2 dgn sudu, bg dia mkn. tgk dia suka jek. kalau lambat marah aku tu. yela, nk kikis2 pisang tu bkn leh cepat2. pastu ni dia da pandai sembur2 air liur da..geram aku tgk...hehhehehe
tp skrg ni manja betul. kata husband aku, mengade. nangis mengade. kalau agah bkn main gelak2 dia. sayang ank ibu. x tahu la berat dia bape skrg ni. harap2 biar la naik byk skit. aiiihhh...bila cite psl ank ni, jd rindu plak. pdhal baru anta dia td kul 8. pdhal leh jek aku turun sbb anas kt taska bwh opis ni jek..hehehehhe
tp xpela..aku nk biar dia tahu, ibu akan dtg tghari jek. lgpon aku akan perah susu kul 10lebih. x sabar nk tggu dia 6 bln..nk bagi makan bubur..hehehhehe

beraya lagi

jumaat lepas famili abg2 aku dtg...penuh la uma. tp best la. coz dorg ni x selalu dtg uma aku. excited la gak. dorg naik kl coz ada ank pakcik aku kawen sabtu tu. then beraya la sekali.
tp mmg penat la. dorg sampai jumaat tu da pukul 11.30mlm. then ari sabtu pg pergi ke kota seriemas, uma makcik aku. dia buat aqiqah cucu sulung dia. dok kat sana pai kul 1lebih. pastu terus ke usj, uma makcik aku plak. dok uma dia pai kul 5lebih. pastu terus balik uma, siap2 apa seme. pas magrib ke petaling jaya pulak. wedding ank pakcik aku. mak ai...mlm tu jalan mmg jem jek kt mana2. pai petaling jaya da kul 9mlm. mkn2 n bual2 dgn sedara mara, terus balik. abang2 aku pon terus blk jb mlm tu gak..sedih!tp nk buat cane, abg aku hafiz tu kije ari ahad..xpela, next time dorg dtg lagi..weeeee!!!

Friday, September 24, 2010

salman muhammadi

nama saya Salman Muhammadi
ibu sedang peganag saye
ini dua2 anak ibu
salman, jgn usik adik..
ohw..anas da balas balik..jgn gaduh2 anak ibu
ok, dua2 dok diam2..

macam ni la anak ibu...sejuk hati ibu tengok
dia adalah anak angkat pak cik aku merangkap anak susuan aku. aku pon baru tahu yg pakcik aku amik anak angkat ms aku balik jb lepas habis pantang. pakcik aku cerita yg ank angkat dia, salman ni kene masuk wad coz H1N1. aku pon dengan rela hati, bagi susu aku pd dia. mmg x pernah jumpa pon. just bg susu perahan pd dia. sehinggalah aku balik jb masa merdeka. berderai air mata aku ni. salman ni kanak2 istimewa. dia ada sindrom down. haru hati aku. nasib anak ni tak dibuang di mana2.
dan raya lepas, aku jumpa dia lagi. kali ni aku bergambar dengan dia. ibu doakan semoga tuhan memberikan Salman kesihatan yg baik dan menjadi anak yg soleh, memberi kemurahan rezeki dan sentiasa dilindungi olehNYA..amin

Tuesday, September 21, 2010

...cinta hati saya...

amira n zahra
anas bersama abang susuan, salman
beheshti, pah n imani
my beloved son, anas
my family
my brother, halim n hafiz
the only my beloved husband!
terima kasih tuhan kerana memberi aku peluang untuk bersama mereka!

make over

hehhehehe..
inilah gambar2 aku setelah di make over kan oleh cik kiah lancome itu!




 
gaya2 ini telah di ajar oleh en. abu yg juga kawan cik kiah!hahahah

Monday, September 20, 2010

monday blues

uih..kejap jek da 11 syawal..rs nk patah balik ari last puasa..hehhehee
seperti biasa, bila da cuti panjang, mula plak ari isnin, terasa mcm nk bw selimut, katil dan sebagainye ke opis. ngantuk bangat aku arini. mood mmg xde maknenya nk kije..igt nk upload gambo2 raya, tp x save dlm pendrive plak..
aku teringat hari rabu last kije sebelum cuti raya aritu..hehehhe..
dlm kul 10 suami aku msg, bgtahu hp dia da bole amik kt shah alam. aku pon bls msg dia, nk ikut. dia pon bls blk, jomla. dlm ati berkira2 ni. nk g ke x. kalau x g, bosan lak kt opis. mmg seme org da xde. tggl la bape kerat jek manusia. tp kalau g, kesian plak anas. nnt thgari dia sorg2 plak. emh..xpela, aku kene blajar tggl2kan anas. nnt payah kalau kursus ke apa ke..hehehehe..alasan semata! dlm kul 10.45 tu suami aku pai opis terus ke shah alam. pastu kami ke mid valley. suami aku nk belikan perfume yg aku idam2kan itu...yeayea!!sampai midvalley, terus ke jusco n beli perfume tu. salesman tu ty la aku nk mekap x, coz free. aku pon kata ok. pas mekap dorg suh amik gambo..da la aku ni haram x tahu nk posing2 tu. dgn baju kurung yg mmg agak serabai..hahahahah!!aku pon layan kan jek la..ohw..cantik jugak ye bila da mekap. hehehehe..nnt aku upload gambo2 tu ye...
dr midvalley, terus ke mines. coz suami aku nk cr brg2 komputer dia. hujan lebat plak tu. mmg pai opis da nk dekat kul 5. cian anas da nangis2..huhuhu..aku pai opis terus punch dan balik. itulah kisah aku, mmg dtg kije, punch kad,borak2 kejap, kuar pai ptg, blk opis kemas2 brg n punch balik...mmg makan gj buta!hahahahhaha

Tuesday, September 7, 2010

raye..raye..dan raye lagi

tggl lg 2 hari nk sambut hari raya. ini kali pertama aku akan beraya sebagai seorang ibu..huihhh..sgt teruja!bkn teruja apa, teruja nk collect duit raya bg pihak anas..hikhikhik..yela, dlu aku kuar duit. ni aku kuar duit n msuk duit jugek..muehehehe
baju anas seme da siap. bkn main mhl lg bj dia.mengalahkan bj aku. sepasang jek da nk dekat rm100. itu br sepasang...aduyaiii..terpikir plak, org yg ank kembar tu mcmne la ye??aduh..kopak!tp xpe, bkn selalu beli bj mhl2..ehhehehe. tp xde la mhl mana pon..biasalah, seluar jeans bb kan mhl. itu yg jd dekat seratus tu...
esok da nk blk bt pht. utk kali ke3, aku akan beraya di rumah suami dlu. dan seperti biasa, raya kedua pg tu aku akan blk ke jb sampai raya ke6. ok la tu kan? cuti pai raya ke10..heehehe
barang2 aku da pack mlm td. tggl nk msukkan skit jek lg bj2 lain. beg anas da siap. sendat la bonet keta. plg byk brg adalah brg anas. dgn stroller, playmate, bakul, beg, pampers, dan toys2 dia..seme tu x leh tggl.
yg plg penting sekali, duit raya yg da diisi, jgn lupa bw..nnt parah pulak..huhuhu
ok la, dikesempatan ini, nk ucapkan selamat hari raya kepada semua. maaf zahir dan batin..berhati2 dijalan raya...!

anas sebulan

saya tgh tdo, ibu n ayah kacau saya

alala...cebikkan muka tu..

mengigau..senyum sorg2 time tdo

ni gambar kaki pulak

keciknye jari iye...

muka x puas ati dgn ulat tu




senyum2...

dia anugerah dari tuhan yang x ternilai harganya..kesayangan kami, buah hati kami, keutamaan kami..terima kasih tuhan...

Monday, September 6, 2010

kuih..oh kuih...

sabtu n ahad lepas sempatlah aku buat kuih 2 jenis..biskut sugi dan choclate cookies..itu jek la yg sempat aku buat. itupon aku buat utk 3 rumah. rumah aku kt putrajaya, rumah jb dan rumah mak mertua aku. 
biasala, da ada ank ni, mmg x dptla nk buat byk2 mcm tahun lepas. buat kuih yg simple dan senang. itupon anas asik la bangun2 jek. x senang aku nk buat kuih. heheheh...kuih yg lain adalah kuih tunjuk saja n kuih oder saja..xpela, 2 jenis pon ok la..janji buat dari xde..kalau x buat kuih ni, mcm x raya la gitu..

jalan jalan buka puasa

4 september kami ( aku, kamil, ayu, anum, hurai, azimah, nurul, arip, laili, laila n suami laila (hud) ) pergi berbuka puasa kt maeps serdang. lama da plan kiteorg ni nk buka pose..mmg xtvt tahunan la ni..kalau sblm ni, mesti g buka pose kt umbai..sanggup tu g melak semata2 nk buka pose jek. tp thn ni memandangkan ada bb kecik, so buat dekat2 jek. mcm2 la tpt buffet ramadan yg di explore kt tenet ni..last2 g yg kt serdang sbb katanya tpt best n makanan pon sedap..
so apalagi, kami pon booking la...
tiba pada hari yg dinanti2kan itu, semangat aku nih nk g buka pose dgn kawan2..even ari ujan renyai2, tetap ku redah juga..anas pon diam jek melayan kehendak ibu dia ni..heheheh..
sampai2 jek, aku da nmpk da table tulis nama mahayu (11 orang)..dalam ati aku, aikkk..mja bulat utk 11 orang?xpe2, g ty jap..kot2 ada mahayu lain. aku pon ty la nama reservation nama ayu. terus dia tunjuk meja yg ku lihat td..aduh!!!!da la dgn x beralas, plak tu nk sumbat 11orang makan kt meja bulat yg sepatutnya 8 orang makan. gile apa?ingat budak kecik yg g mkn ni. da la dia bg mcm bwh khemah tambahan. aku mmg da nk hangin da ms tu. da la byr rm39.90. plak tu ada org yg dapat tpt mkn aircond..perghhh..diskriminasi betol la!xpe2, aku tahan ni, tggu time byar nnt..
meja tu da 1 hal, ni makanan plak x cukup....mak aiiii...aku ni da la mkn bergilir2 dgn suami aku. mmg makanan x ckup.aku pon x phm management dorg ni..aku jln pai ujung, tgk ada orang yg mkn langsung xde khemah!da la ujan ms tu..even x lebat, kalau dok jek bwh pokok, basah la jugak baju tu..
dorang ni mmg nk amik untung jek. x kira la orang tu mkn kt mana. pttnya x bole la da sumbat orang selagi bole sumbat. ni dgn nk jln pon berlanggar2 kerusi meja. apa kes??
time nk bayar tu, aku mintak ayu duit nk bayar tu. apalagi, aku sound la org cashier tu. ckp dgn meja x beralas, dgn ada kesan ubat stapler yg besar tu..da la meja kayu, kalau budak2 yg mkn, mungkin akan bole kene masuk selumbar. bkn aku nk demand mcm bagus sgt aku ni. tp pk skit keselesaan org. byr bkn 10ringgit sorg. tp 40ringgit sorang. ini adalah kali pertama dan terakhir aku akan makan buffet katering tu...huhuu

suatu ketika dlu...episod kedua

episod kedua ni aku nk ceritakan ms pas anas da kuar. aku ni sorg2 lg ni kt labour room. suami aku da blk. dia mmg da penat seharian dgn aku. aku tgk jek muka anas.hehhehe..haahla, bibir dia ikut aku..heheheh..mestilah, ank ibu kan!pandai anas. pilih tarikh 1 mei..satu dunia cuti ms birthday anas nnt..heheheh

da pukul 10lebih baru aku blk wad. aku tgk kepala anas mcm ada bengkak skit. nurse kata itu sbb da lama sgt kepala dia kt pelvik..yela, 6mggu kt kawasan pelvik. cian ank ibu. tp nurse kata nnt akan ok sendiri. ms nk discharge kuar, aku tggu anas x kuar2 dr bilik doc. dorg nk cek bb sbl kuar wad. lamanye..aku da mula x sedap ati ni. pulak tu ada uncle aku yg doktor ni ty aku mcm2. aku da rs mcm something wrong jek. mula la airmata aku ni berderai2..tp alhamdulillah, da mlm br aku n anas dpt kuar spital.

mlm tu anas menangis x henti2. tp biasa la, dia br nk sesuaikan keadaan br. esoknye aku tgk dia mcm ada kuning2 skit. tp uncle aku kata tggu kalau kuning da kt paha br g spital. tp ms tu masa anas da 4hari, aku rs bdan dia panas jek. terus call suami aku. terus pegi emergency kt hospital putrajaya. doc pon bising la sbb ms tu bacaan demam anas 38.7. doc kata kene tahan wad ni. aduh...sayunye ati aku. pastu dorg anta anas ke NICU sbb kuning n demam. mulalah doc ty aku mcm2. bising la aku mkn air gamat n lada hitam. sbb dia kata x seme bb akan tahan dgn jamu atau bende2 panas ni. apalagi, menangis x henti2 aku ni..doc suh aku buang susu aku selama 24jam. sedihnye!!

alhamdulillah, esoknye anas da bole kuar. kesian tgk tgn dia byk kesan kene cucuk. alahai ank ibu...x sanggup ibu tgk anas mcm ni..(skrg ni air mata aku da stat bergenang2) tp sblm kuar tu, doc ada ckp mcm ada extra sound kt jantung anas. aku lg la rsau. dia bg appoinment 7 mei utk buat scan. tp 6 mei tu anas kuning naik lg, so kene ke hukm sbb putrajaya da penuh. aku pon ckpla dgn doc kat hukm yg anas ada appoinment ari esok untuk scan jantung. doc tu pon tlg la utk tukar tarikh scan tu. aku pon ty la, apa maksud murmur yg doc putrajaya tulis tu. dia pon dgr la jantung anas tu. pastu muka dia kerut2 jek. aku ty kenapa. dia kata selalunya extra sound ni, jantung berlubang...ya Allah.. aku terus terduduk dan nangis2 x henti2. doc pon pujuk2 aku. suh kuat sbb bb tau if aku sedih. ya Allah...apalagi dugaanMu ini..aku terus msg suami aku, suh dtg cpt..x sanggup nk tanggung rasa sorg2. bila suami aku sampai jek, aku terus peluk dia dan cakap anas suspek jantung berlubang. suami aku mmg sgt tenang..yela, da dgn aku yg mcm ni, kalau dia sama sedih, dua2 sedih, payah la..ms tu, aku mmg da x bole handle da. kepala ni pk mcm2..da la baru ari ke6. org ckp tgh pantang x baik menangis2..tp mana bole x menangis. tuhan jek tahu perasaan aku ms tu.

esoknye kami da bole kuar wad..appainment utk scan jantng tu 17mei. so ada lg 10 ari lg aku nk tggu.

17mei tu, aku terus ke hospital putrajaya. yg buat scan tu bkn doctor. tp pembantu perubatan. aku ty la dia pas scan tu. mmg ada lubang ke. dia kata dia xlayak nk terangkan dgn aku, tp dr scan tu mmg nampak ada lubang tp less than 2mm. dia kata selalunya akan tertutup sendiri. Allahu Akbar!dalam keadaan sedih, Allah bg juga aku kegembiraan. xpela, as long x besar, ok la. mulalah suami aku google kt intenet psl jantung berlubang ni. mmg byk yg kata less than 2mm, akan tutup sendiri. dan aku pon k juga, skrg seme da canggih. anas mesti akan sembuh, insyaAllah.

25mei tu aku jmp doc lg kt hospital putrajaya psl kuning n jantung anas tu. doc kata kene amik urine n darah utk kuning anas tu. sbb da lebih 2mggu, bacaan kuning anas masih tggi. doc dgr kt jantung anas da x bunyi apa2. dia assume lubang da ttp. tp aku ni sbg ibu, ttp x puas ati. mana bole dgr2 jek. mestilah buktikan pada ibu n ayah dia dgn scan blk. tp ms tu aku x ckp apa la. satu mggu lepas tu, aku call hospital utk tahu result darah n urine anas. nurse kata urine anas ada kuman n bacaan tiroid anas x normal. sekali lagi, Tuhan bagi lagi aku ujian. nurse kata kene dtg lg untuk amik darah n urine. aku da x sanggup nk dengar suara anas menangis2 kt dlm bilik bila nurse amik darah n urine dia. sbb parents mmg x bole msuk..kesian ank ibu ni...anas kene kuat ye sayang...

28 jun, aku pegi lagi hospital putrajaya utk appinment anas. doc tgk urine n darah da ok. alhamdulillah. syukur!aku pon ckp dgn doc, aku nk dia buat scan blk psl jantung anas tu. dia pon dgr..n mmg ada bunyi..pulak da...aritu kata da xdgr, ni dgr blk. doc pon bg appoinment ke IJN pd 21 julai.

21julai tu aku ke ijn. doc yg scan jantung anas tu da la foreigner. ckp english pon x bape sgt. aku rs doc dr bangladesh rasanye..heheeh..dia scan2 pastu dia kata not to be worry..very small..itu jek!pastu nurse yg melayu tu dtg ckp, jgn rsau sbb lubang kecik. nnt dtg blk lepas 6 bulan. yg kiteorg ni tercengang2 la...at least, terangkan la apa2. nk jugak tahu bape mm lubang tu...aduyai...tp alhamdulillah, x serius. harap2 lubang tu akan tutup within next appoinment..amin!

suatu ketika dulu...episod pertama

episod pertama ni, aku nk cerita psl aku mengandung..emh, aku mengandung ank yg pertama, pd bulan mac 2009. tapi takdir tuhan, selepas 3bulan peknen, gugur..rahim mmg x kuat..since awal peknen, asik bleeding..mcm2 da buat.pergi jmp pakar, kene injek, mkn ubt kuatkan rahim (duphaston), tapi Allah yg tentukan segalanya..kemudian, aku peknen sekali lg pd awal syawal..alhamdulllillah...Allah gantikan semula yg hilang..ms tu aku blom pai due period lagi. tp beberapa ari sblm aku buat urine tu, kerap jugak la tgh mlm aku kene simpul biawak (antara tanda2 ms peknen yg 1st), pastu aku rs mcm letih sgt, loya..tp  xnk la harap2 sgt sbb ms tu bln pose, takut loya n penat pose jek..yela, ms tu da akhir2 ramadan.tp aku nk gak cek, so aku beli la digital urine test. sampai2 uma aku terus test..alhamdulillah, terpampag tulisan 'pregnant'..syukur, alhamdulillah..berderai2 airmata aku ni.suami aku blk jek, terus tunjuk pd dia.sia senyum jek kt aku..hehehehe

awal syawal tu dirumah suami aku, pulak tu ada famili gathering besar2..suami aku da pesan, jgn buat kije apa2..tp yela, x kn kite nk ddk jek kan. lg uma mak mertua..huhuhu..petang tu aku da rs sakit perut yg amat..terus pergi hospital pakar. apalagi, doc pon bg injection n bebel2 la..hahhaahha...esoknye raya kedua tu, aku blk jb..tgk2 jek, alamak, bleeding la...aduh...aku da mula rsau..takut berulang lagi..dan aku da mula rs pening2 mcm nk pitam bila kt tpt ramai2. mula2 x nk la kecoh2 aku ni peknen, sbb awal lg, tp mmg x bole da. org pon perasan aku ni semacam jek.

blk dr jb, aku terus ke klinik kesihatan. doc x bg kije dan aku dptla mc.mc abis, g lagi klini, dpt lg mc sbb bleeding. pastu g azzahra, jmp doc yg dlu tu, apalagi, kene injek la. morning sickness aku mmg teruk. x bole mkn apa. yg aku bole mkn, biskut cream cracker dgn air teh o. lain seme x lalu..asik la muntah jek. pai aku rs depressed yg amat..asik nangis jek. x tahu nk buat apa. sbb x kije, sorg2 kt uma, plak tu x leh mkn apa, rsau bleeding..lama gak la aku x kije..awal bln 12 tu, aku jmp pakar kt hospital putrajaya.dr. noraihan..doc ni mmg best..plak tu dia head of department O&G, mmg dia jg aku betul2 la..dia scan tgk uri aku kt bawah. mebi itu yg menyebabkan bleeding. so mmg aku rehat la..x bole byk grk. kandungan da 4bln lebih br aku kije..itu pon kejap jek. ms 30mggu, kepala bb da msuk kawasan pelvik. kata doc terlalu awal sgt. itu mcm org yg da 36mggu. doc takut aku bersalin awal. aku dpt lg mc yg pjg dan doc x bg aku jln2 sgt.so dia injek utk kuatkan paru2 baby. ubat tu sakitnye, hy tuhan jek yg tahu.nurse tu pon mmg ckp ubat tu sakit. dia suh rehat dlu sblm jalan. aduhhhh....kene 2x plak tu. pg sekali, mlm sekali. huhuhu...dlm ati ni pk, brg2 x beli lg ni..mula da panik. esoknye, (tgh dlm mc ni ) aku n suami g beli brg2 bb. rsau py psl..ni kalau doc aku tahu ni, harus dia bebel2 dgn aku.

 28hb april tu, mlm tu aku x leh tdo. sakit perut semacam. nk buang air besar, x jugak. berkali2 aku g toilet.pai da nk subuh aku x tdo2 lg. esoknye ada appoinment dgn doc noraihan. pg2 tu teus g spital. aku bgtahu la aku rs sakit perut. dia ty ada kuar air apa2 x. aku ni manalah tahu kan. dia cek jek, dia ckp, u da leaking la dear..pastu dia ckp kt nurse, send her to labour room..what????aku da mula panik!da nk bersalin ke ni..aduh...aku pandang muka abg..sambil ckp, abg, nk tgk ironman 2 arini..(buat muka sedih)..itula akuni, g beli tiket wayg, awal2..huhuhu..
 
doc terangkan dgn aku, aku kene bersalin dlm 24jam. so dia akan induce utk buat ada rs contraction..aduh..takut da ati aku ni..abg terus blk amik brg2 aku n bb. wad pulak penuh. so aku ddk dlu kt wad daycare utk tggu pai wad kosg. da kul 2lebih, br aku msuk wad..perasaan cuak tu x tau nk kata apa..da mlm tu, doc jmp aku lg. terangkan dgn aku induce tu apa. kesan2 nye..aku mula nk argue2 dgn doc..hehehehhe..yela, aku pk nape nk kene induce sdgkan aku x rs pon air ketuban tu kuar. tp kata suami aku, doc tahu apa yg dia buat.

 30 april kul 7.30 pg, aku da kene induce..10minit pastu aku da mula rs sakit2 da...huihhhh...sakit yg bole tahan lg la..tp ttp sakit. sblm doc nk induce, dia tgk da buka 1cm. so mmg bb nk kuar da sbnrnye ni..heheheh..kul 12lebih, doc cek da buka 2cm n ms tu doc mcm buat apa ntah, pai kuar la darah. aku da x lalu nk mkn da time tu. kul 6lebih, da buka 3cm..aduh..doc kata mebi subuh aku bersalin. hah?? nk tggu subuh??xpe2, kene kuat semangat..da kul 8lebih tu abg kene blk. so aku ni mlm2 tu jln2 kt sekitar wad. nurse suh jln2 sbb nk cepatkan bukaan tu..kul 10 tu, doc pggl n cek, dia kata da bole pecahkan air ketuban. aku pon call suami aku suh dtg terus ke labour room.  

bila air ketuban pecah, mak aii...sakit tu, tuhan jek tahu. aku msuk labour room kul 11. suami aku pon da ada kt sblh..sakitnye tuhan jek la yg tahu..aku sakit lama gak la. nurse tu kata kalau induce mmg sakitnye lebih dari sakit contraction normal dan makan msa skit. sbb paksa rahim utk kuarkan bb..da kul 4.15pg tu, suami aku nk g solat isyak. aku pon tggl sorg2. aku da x tahan da ms tu. pggl nurse. ckp rs mcm nk meneran. dia ty, x nk tggu suami. aku kata xpela, da x bole tahan. x lama tu aku dgr ada nurse lain ckp, ni suami dia da sampai ni. aku tgk suami aku da masuk. ms ni aku da rs kepala bb kt bawah. uih..nurse n doc seme bg semangat. aku ni da x igt apa da.. asik meneran pastu tarik blk..hehheheh...yg last tu, doc suh aku meneran abis2..aku pon meneran abis2, dan kuarla anak aku Anas Al Hazim..terus ilang sakit perut tu seme..dia lahir jam 4.54pg dengan berat 3kg dan pjg 52cm..alhamdulillah...

 pelbagai dugaan dah aku tempuh sblm diberi anugerah yg paling indah ini. dari gugur yg pertama, mslh ms peknen dan hinggala besalin..tp xpe, bak kata celcom..memang berbaloi2..heheheh

Entri Pertama

Bismillahirrahmanirrahim....salam semua!ini adalah entri aku yg pertama. aku ni xde la pandai nk menulis sgt. tp oleh kerana skrg ni da x byk kije (hehehhe...) dan ank aku pulak da 4bln lebih, byk bende yg dia da pandai buat...so aku xnk sweet moments tu akan hilang begitu saja...kalau aku tulis, sekurang2nye, aku bole bc blk if aku lupa..hehhehe...blog ini da mcm diarila jd nye..so, pada yg x suka apa yg aku tulis nnt, jgn baca da...heheheh..