Friday, October 29, 2010

anas demam...:(

semalam pg anas da berak. pastu kata cikgu dia, kul 10lebih, dia berak lg. masa aku turun tghari, pas mandi, aku bg makan, susu, tbe2 dia berak lagi..aduh..anas kene cirit-birit ke? pastu aku rs badan dia da panas. jam da kul 2. bos ada lak. aku naik opis. kul 2lebih bos g miting, aku turun balik. tgk dia x tdo lagi. aku pon bg susu, pujuk2 dia, tepuk2, tdo da..aku call abg, bgtahu anas x sihat.
kul 6 abg pai opis, sempat lagi tu aku g mkn ayam penyet kt bangi..hehhehee...bdan anas da makin panas. apalagi, mandikan diadgn air sejuk. pastu bg ubt demam n susu. tgk da ok da suhu dia. kul 10 tu aku tdokan dia. dalam kul 1lebih tu, dia bangun merengek2..aku cek suhu badan dia..aduh!!naik lagi. aplagi, suami aku terus mandikan dia pastu bg ubat lagi. terus dia nk tdo...siannye..
bgn pagi terus ke klinik annur. doc bg antibiotik, ubat demam, batuk n selsema. pai uma da kul 11lebih.mandikan dia, bg mkn (even mmg dia xnk mkn n minum susu), terus dia tdo...abg plak nk ke temerloh dengan tonjang ada amik gambo org kawen. bermalam plak tu.dia da serba salah nk g ke x..tp aku kata, xpela...aku bukan sorang kt umah. ada ayu n farah teman..nasib ada dorang ni...
inilah 1st time aku mmg x tdo dgn abg since ada anas. dlu penah la gak ms awal2 peknen. aku balik jb sbb rs x best ms tu kt uma ni..hehhehe..ms tu kan hormon x stabil..
ni anas mcm da ok. suhu pon da reduce. da nk susu n nk main2. tp aku still continue ubat demam tu. takut2 nnt demam balik..
kesian anak ibu ni...Ya ALLAH..aku mohon, Kau lindungi anak ku anas dari segala penyakit yang merbahaya dan sembuhkan la segala penyakitnya...amin...

Wednesday, October 27, 2010

anas da mula nk duduk

hehehheh...skrg ni anas da mula nk duduk. sblm ni dia mcm stand tgn jek. gaya ala2 nk duduk, tp x berani lepas tangan. skrg ni dia da berani skit2 la lepas tgn. cuma bdn masih x tegak bila posisi duduk tu...agegeggege..bising mulut dia bila time duduk tu, sibuk nk amik kaki dia..hehheheeh...cayang iye!

penat

penat. letih. x cukup tdo.
itu jek yg bole nk describe entri aku kali ni.

25/10/10, aku half day sbb nk blk ke jb. pakcik yg paling rapat dgn aku nk pergi haji. so mmg wajib balik. dlm kul 2 lebih aku terus ke uma kazen aku di GMI sbb dia akan blk tumpang aku. gitu gini seme, kuar tol bangi da kul 3 lebih. sampai di dato'onn uma kazen aku ni da kul 6.15. pas mkn mlm, aku terus ke pasir gudang ke rumah makcik aku plak coz dia br pas operation. nk ke pasir gudang tu mmg jem skit. aduyaiiii
da kul 9.30 aku terus ke uma abang aku di bakar batu. igt sempat jumpa dia, tp dia da g kije plak. duduk kejap kul 10lebih terus ke CIQ, amik anak sedara aku n abang aku n terus balik uma. aku tdo kul 12 lebih. seperti biasa, anas mmg payah nk tdo kan sbb dia pon kepenatan. cian ank ibu ni.
26/10/10, kul 5pg aku da bangun. siap2 terus g uma pakcik aku yg nk g haji tu kt stulang. pai uma dia, tgk ramai yg x siap lg. aku pon ajk husband aku g solat dlu kt surau dkt area stulang tu coz ramai gile org kt uma pakcik aku ni. dlm 6.30 br gerak ke senai. duduk la kt senai tu pai kul 9lebih. pastu terus g mkn kt BBU. kemudian aku ke pasir gudang semula sbb beg tangan aku tertinggal kt uma makcik aku (mmg ini sifat pelupa x leh nk buang da..makin menjadi2). pai uma da kul 11.30. aku suh husband aku tdo. aku melayan anas, mandi n b dia dia makan. kul 1 lebih aku kejut husband aku bgn suh mandi n siap2. kul 2.00ptg, kazen aku pai uma n kiteorg siap2 dan terusgerak blk. pai machap, makn2 jap n sambung perjalanan. pai uma betul2tgh azan magrib.huh!!lepak x igt...aku mmg da x larat nk mkn apa2 da. pas solat isya' aku tdokan anas, aku pon tdo sama. tp mmg x dpt dto nyenyak sbb anas asik bangun2...selsema dia x baik2 lg..cian ank ibu ni...
dan pagi ni, aku rs mamai2. bawah mata mmg da lebam..pai org opis tegur, x tdo ke mlm td? hehheheeh...aku just jawap, tdo x nyenyak...hehehehhe

Wednesday, October 20, 2010

semalam

semalam akun my husband bw anas ke hospital putrajaya untuk check up jantung dia. kt buku appoinment pukul 11am. so dtg awal la. amik nombor seme bagai. tp jumpa doc kul 1.30pm!anas da letih. kejap2 mengaruk, bw dia pegi bilik menyusu. susukan dia, tdo. pastu bgn, tdo, bgn, tdo..pai aku ni da haus n lapo..
ms jumpa doc tu, anas seperti biasa, akan buat kelaku dia..hehehe..pandai anak ibu ni..habis jumpa doc, terus ke pejabat pos amik botol susu anas yg suami aku beli online tu. anas da tertido kt carseat dia. da lepas tu x tahu nk kemana. last2 abg ajak pegi damansara, dia nk pergi kedai kamera. (ini adalah hobi baru dia semenjak beli D90. ikan mmg da ke mana la...). cuaca panas yg amat..anas still tdo lagi. kesian dia!
kt kedai kamera tu, abg beli beg kamera. uih...lama gak dia pilih. dia mmg cerewet skit bab barang2 dia..hehehehe..(sory ye abang!  :) )
pastu kami ke one utama..(ini adalah tempat dating kami ms zaman2 bercinta dlu..hehehheeh)
saja jalan2, pegi MPH, belikan anas buku. kemudian beli roti antie anne, makan dalam keta n terus ke kedai kawan sekolah kami yanti. da lama x jumpa dia. anas apalagi, bukan main la dia ada orang melayan. lepak kt kedai tu pai kul 9 malam...balik mmg da penat, bg anas mkn ubt n biar dia main2..kul 12 malam baru dia tdo..
hiuhhh...semalam adalah hari yang penuh dgn aktiviti!

Thursday, October 14, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah..
aku dilahirkan sebagai seorang islam walaupun sepanjang hayat nk ditimbang tara antara dosa dan pahala, kiri yg lebih berat

Alhamdulillah..
DIA berikan aku cukup fizikal dan mental kalau nk dibandingkan dengan orang yg kurang bernasib baik

Alhamdulillah..
DIA mengambil umi terlalu awal dan mengambil walid sebelum aku berkahwin, DIA gantikan aku dgn 2 mak mertua dan 2 ayah mertua walau mereka tak mungkin sama seperti ibu dan ayah kandung sendiri

Alhamdulillah..
DIA berikan aku jodoh yg terbaik, seorang lelaki yang bertanggungjawab dan yang penting mampu untuk memimpin aku ke jalan yang baik

Alhamdulillah...
DIA berikan aku zuriat yang sangat berharga
DIA berikan kami ujian bila anas disahkan ada jantung berlubang, tetapi Alhamdulillah untuk sekian kalinya kerana lubang itu kecil dan dengan izinNYA, akan tertutup mengikut tumbesaran anas

Alhamdulillah..
DIA berikan kami sekeluarga rezeki. walau x semewah mana, tetapi cukup untuk semua
aku tak perlu nk fikirkan duduk di mana selepas berkahwin kerana ada kuarters yang sangat elok yang mana kalau diluar sewanya mungkin lebih rm900 ke atas

Alhamdulillah..
DIA permudahkan bila anas dapat taska di bawah opis aku kerana kalau tunggu queue memang tak tahu bila dan harganya amatlah murah kalau nk dibandingkan dengan hantar di tempat lain

Alhamdulillah..
kerana semalam aku menerima surat dari klinik mengatakan ujian pap smear aku normal..

alhamdulillah...Ya Allah..di atas semuanya..kalau mahu di tuliskan, x terhitung banyaknye...betapa aku ini hanyalah hamba yang x pernah puas dengan apa yang ada...


Tuhan Dulu Pernah Aku Menagih Simpati
Kepada Manusia Yang Alpa Jua Buta
Lalu Terheretlah Aku Dilorong Gelisah
Luka Hati Yang Berdarah Kini Jadi Parah

Semalam Sudah Sampai Kepenghujungnya

Kisah Seribu Duka Ku Harap Sudah Berlalu
Tak Ingin Lagi Kuulangi Kembali
Gerak Dosa Yang Menhiris Hati

Tuhan Dosaku Menggunung
Tinggi
Tapi Rahmat-Mu Melangit Luas
Harga Selautan Syukurku
Hanyalah Setitis Nikmat-Mu Di Bumi

Tuhan Walau Taubat Sering Kumungkir

Namun Pengampunan-Mu Tak Pernah Bertepi
Bila Selangkah Kurapat Pada-Mu
Seribu Langkah Kau Rapat Padaku

Tuesday, October 12, 2010

minggu berjimba

minggu ni sgt best. bos aku jarang ada kt opis coz ada persidangan WHO kt picc. yahoooo!!tp kdg2 kene aware gak la..mana tahu tbe2 dia muncul..x ke haru???
smlm pas lunch aku ikut husband aku g kl. so bw anas sekali. xde g mana pon. husband aku nk anta lens kt kawan dia. ada org nk tgk lens tu. nk jln2 kt kl tu, x tahu nk pegi mana. aku pon mmg x bw baju spare anas. nk jln2 dgn bj lengan panjang dia, mmg la mengamuk anak aku tu. bkn bole panas..hehehhehe
hari ni ptt bos aku ada mitg kt opis kul 3. rasanya pg ni dia x masuk opis kot. bole la aku merayap jap..hehehehehe

Thursday, October 7, 2010

anas da nk merangkak!

smlm anas menunjukkan aksi nk merangkak..dia da angkat bontot tinggi2, pastu position mcm org nk berlari tu. heehehhehe..tergoyang2 badan n bontot dia bile nk ke depan..hehhehe..comey sgt. apalagi 1 bilik tu dia explore la dgn gaya baru dia skrg tu..lupa lak nk snap gambo n video. xpe, nnt petang bole amik. cepat jugakla progress anas ni. alhamdulillah.. :)

Monday, October 4, 2010

anas da botak!

hehehehhe..anak ibu da botak! semalam ayah dia mengerjakan rambut anas..aku ni da risau da ni. ye la, husband aku mana ada experience cukur2 ni. lagi nk ckur kepala anak sendiri. anas tu bukan reti dok diam. adalah sejam lebih mereka dalam bilik air. tp hasilnya amat mengagumkan! x de luka2 n licin betul. thumb up 2 my beloved husband!

open house

alhamdulillah, success jugak open house uma aku sabtu aritu. jumaat tu aku da blk awal da. mmg kebetulan bos ada meeting kt pj. so aku mengambil kesempatan yg ada utk balik awal. tp x dpt buat apa pon. sbb anas x nk tdo. nk ajk main jek..huhuhuhu
aku masak kacang pool, spagheti masak merah n arissa. mostly makanan ni ramai yg x tahu ms dtg tu. so aku kene introduce makanan tu n cara2 nk makannye la..hehehe. alhamdulillah, mmg abis. tggl skit jek utk kami makan. sepatutnya jemputan dari kul 12 tghari pai 5 petang. tp da drag pai kul 10lebih malam. biasala, ada org yg baru2 tahu masa tu. xpela, atleast makanan ada.. kesian yg dtg da lewat, mkn apa yg ada jek.huhuhuhu
anas nasib baik x buat kelaku dia. kalau x da kene bedal dgn ibu. tdo kejap2 jek la. tp x la menangis2. letak dalam baby walker la. pastu ada org dukung2 dia, suka la. ibu mmg da x dan nk layan dia sgt.
malam tu org da balik, aku lapo nasi. nasib ada manja dan hurai, so dorg yg tlg belikan nasi.
yg paling best, adalah jumpa kawan2 yg rapat. susah nk jumpa seme2 dalam 1 masa. ni kira dapat jumpa la even just one night. jumaat malam tu cak tu telah menggunakan uma aku utk tempahan kuih yg aku tempah pada dia. ada ke patut buat kuih kt uma org yg tempah? hampeh sungguh..hahahahaha..tp yg bestnye, dapat byk la dlm 1 cup tu..hehehehehe...tp thanks 2 her coz tlg aku ms ari sabtu tu...kira timbal balik la..hahahahha

tp dalam banyak2 moment, sebenarnya dgn kehadiran 'mereka' la yg meriahkan keadaan...guys, mis u all so much!

Friday, October 1, 2010

jamuan raya

InsyaAllah esok, aku akan buat makan2 skit sempena hari raya. kira mcm open house gak la. kawan2 opis macam pelik la dgn aku ada ank kecik, pastu nk buat open house lagi. dorang ty, nnt x penat ke? penat 2 mmg penat la. tp aku happy bila tgk org makan masakan aku. hehehehe...
makan2 tu lain kira la..yg penting kawan2 rapat aku dtg. itu yg beriya sgt aku nk buat. sbb skrg ni, dorg2 ni kalau xde event, xde la nk kumpul ramai2 lg. pastu da lama kami x berkumpul n soseh2 mcm dlu2.hehhehehe..
keadaan da berubah. masing2 ada komitmen. bkn mcm zaman single2 mingle n zaman2 xde ank ni.
blk nnt ni aku bersilat la kt dapur dgn anas.hheheeh..