Alhamdulillah..
aku dilahirkan sebagai seorang islam walaupun sepanjang hayat nk ditimbang tara antara dosa dan pahala, kiri yg lebih berat
Alhamdulillah..
DIA berikan aku cukup fizikal dan mental kalau nk dibandingkan dengan orang yg kurang bernasib baik
Alhamdulillah..
DIA mengambil umi terlalu awal dan mengambil walid sebelum aku berkahwin, DIA gantikan aku dgn 2 mak mertua dan 2 ayah mertua walau mereka tak mungkin sama seperti ibu dan ayah kandung sendiri
Alhamdulillah..
DIA berikan aku jodoh yg terbaik, seorang lelaki yang bertanggungjawab dan yang penting mampu untuk memimpin aku ke jalan yang baik
Alhamdulillah...
DIA berikan aku zuriat yang sangat berharga
DIA berikan kami ujian bila anas disahkan ada jantung berlubang, tetapi Alhamdulillah untuk sekian kalinya kerana lubang itu kecil dan dengan izinNYA, akan tertutup mengikut tumbesaran anas
Alhamdulillah..
DIA berikan kami sekeluarga rezeki. walau x semewah mana, tetapi cukup untuk semua
aku tak perlu nk fikirkan duduk di mana selepas berkahwin kerana ada kuarters yang sangat elok yang mana kalau diluar sewanya mungkin lebih rm900 ke atas
Alhamdulillah..
DIA permudahkan bila anas dapat taska di bawah opis aku kerana kalau tunggu queue memang tak tahu bila dan harganya amatlah murah kalau nk dibandingkan dengan hantar di tempat lain
Alhamdulillah..
kerana semalam aku menerima surat dari klinik mengatakan ujian pap smear aku normal..
alhamdulillah...Ya Allah..di atas semuanya..kalau mahu di tuliskan, x terhitung banyaknye...betapa aku ini hanyalah hamba yang x pernah puas dengan apa yang ada...
Tuhan Dulu Pernah Aku Menagih Simpati
Kepada Manusia Yang Alpa Jua Buta
Lalu Terheretlah Aku Dilorong Gelisah
Luka Hati Yang Berdarah Kini Jadi Parah
Semalam Sudah Sampai Kepenghujungnya
Kisah Seribu Duka Ku Harap Sudah Berlalu
Tak Ingin Lagi Kuulangi Kembali
Gerak Dosa Yang Menhiris Hati
Tuhan Dosaku Menggunung Tinggi
Tapi Rahmat-Mu Melangit Luas
Harga Selautan Syukurku
Hanyalah Setitis Nikmat-Mu Di Bumi
Tuhan Walau Taubat Sering Kumungkir
Namun Pengampunan-Mu Tak Pernah Bertepi
Bila Selangkah Kurapat Pada-Mu
Seribu Langkah Kau Rapat Padaku
No comments:
Post a Comment