Friday, January 14, 2011

chicken pox

huhuhuhu..anas n aku kene chicken pox!aduh..tuhan jek yg tahu seksanya..bg yg da penah kene, pasti tahu perit rasanya..sabo jek la..tp kesiankan anas la..merengek2 jek..bila dia merengek, sape yg susah hati?ibu dia jugak  la...hehehhehe
anas kene ari selasa...kt taska dia mmg ramai yg kene. pastu aku pon amik la cuti rabu n kamis. ari rabu tu aku da rs x sedap bdn n da nampk 3 biji kt bdn aku..ari kames jek, tgk da byk kt kepala..aduh..sakitnye
tp xpela, aku xpyh amik cuti nk jg anas. dapat mc..hehhehe

Thursday, January 13, 2011

petua..petua..oh petua

aku mmg x bole blah if ada org ckp n suh aku buat itu ini ikut petua if apa yg dia kata tu, x logik. base on 'mak aku kata' @ 'mmg org2 tua py petua'. lg satu kalau org suh aku amik tangkal ntah apa2..maaflah..
cth..ms aku peknen dlu, ramai suh aku bw gunting @ pisau lipat letak dlm beg. supaya syaitan x ikut. nnt syaitan takut bila nmpk bende2 tajam..subhanaALLAH!bende2 tajam tu lebih berkuasa dr ayat2 quran gamaknya...pastu abg kandung aku pon bising if kalau aku bw anas kuar, x conteng2 sikit muka dia. dia kata kalau aku x conteng, nnt syaitan tegur anas. aku kata pulak..nape ckp mcm tu. dia kata kalau kite conteng, nnt dia x tegur sbb muka yg da conteng tu mcm anak dia..ya ALLAH..aku ckp, ko da penah tgk syaitan ke yg ko ckp muka dia buruk?pastu dia marah aku blk, dia kata..ikut jek la..tu kalau tok ada, mesti dia bising..huhuhuhu..x bole blah!aku bkn apa..if kalau bende tu x logik, jgn la kita ikut..jgn sampai hal2 mcm ni bole jd kan kite ni khurafat. sbb percayakan bende lain yg lebih berkuasa dr Allah Taala..
satu hal lggi bab tangkal..mmg aku x bole nk ikut la..x pyh la ada yg nk suh buat itu ini dgn tangkal..mcm tangkal tu plak pelindung kite..apa gunanya ayat2 quran tu?
aku nk kongsikan sikitla hadis nabi ni
     " Sesiapa menggantungkan tangkal maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya (hajatnya) dan sesiapa menggantungkan cengkerang siput maka Allah tidak akan mententeramkan baginya (dengan siput tersebut)" (Musnad Ah,ad, Al-Targhib wa Al-Tarhib, no. :5064)..aku amik petikan ni dr majalah Pa&Ma edisi disember 2010. dalam majalah tu ada cite la sikit..aku tuliskan yer, buat ilmu pd kite..

~~ pada zaman Rasulullah, pernah sepuluh orang datang utk berbai'ah kpd baginda. baginda menerima bai'ah mereka kecuali seorang. lalu ditanya kepada rasulullah kenapa tidak menerima bai'ah org tersebut?Rasulullah menjawab "Sesungguhnya padanya terdapat tangkal" Lalu org tersebut memasukkan tangannya ke dalam baju dan melepaskan tangkal itu. Maka Rasulullah menerima bai'ahnya sambil bersabda : " Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia syirik" (Musnad Ah,ad, Al-Targhib wa Al-Tarhib, no. :5065)
nauzubillah...Orang yg menggunakan tangkal menyakini wujudnya pelindung lain selain Allah bagi memperoleh perlindungan Allah. inilah yang menyebabkan berlaku syirik kepada Allah..
moga kite tidak tergolong dikalangan ornag yg syirik...amin

p/s : aku x memaksa mana2 org utk ikut apa yg aku tulis. dan aku x berniat menyinggung mana2 pihak. bak kata orang..kubur lain2...sekadar igt mengingati..

Monday, January 10, 2011

result ijn

6/1 aritu, anas ada check up kt ijn. dr pg, ati aku ni da berdebar2. harap2 doc bagitahu perkara yg baik2jek..kul 10.40 da pai ijn. appoinment kul 11. sementara tggu2 tu, aku ni mula la jd mak kepoh, bual2 dgn org sebelah menyebelah. ty ank org tu sakit apa..itu ini..hehehhe..bila aku dgr anak org2 ni sakit mcm2, aku bersyukur sgt, anas xde la komplikasi sampai mcm tu. yg paling aku bersyukur, aku ni kerja di kerajaan. coz aku ty bape kos operation, 2 3 org kt situ, seme atas 30k yer..kalau staff government, FOC!alhamdulillah, even gj aku x sebesar org2 yg kerjaswasta, tp benefit mmg byk..harap2 kerajaan x tarik balik tu seme..heheheeh
dalam kul 12 tu, no giliran anas da panggil. aku mmg request nk doc local. coz ms yg appoinment lepas, doc tu x reti ckp malay n english dia amatlah kurang fasih. just ckp dgn aku "not to be worry. the hole is very small. see u in 6 months" itu jek yg dia ckp. cuba terangkan dgn aku, lubang tu kt mana...ada possiblity leh tutup ke x, apa tahap risikonye..aduyaiiii
kali ni aku jumpa doktor haifa. alhamdulillah, sgt friendly. dia scan jantung anas, n dia kata, "oh..kecik sgt ni..lubang tu kt hujung tanduk.biarlah dia dok situ. dia x kacau tu.." then aku ty balik, akan tutup x lubang tu. dia kata, insyaAllah..tp kalau x tutup pon x pe. sbb mmg x ganggu sistem jantung anas. Alhamdulillah..saat tu hy Allah je yg tahu perasaan aku. gembira yang x terhingga. nk jek aku sujud syukur dlm bilik doc tu!n doc bagi appoinment lg setahun utk review balik. syukur kepada Allah..Dia perkenankan doa ibu, ayah dan seme org yg mendoakan anas...alhamdulillah...

Friday, January 7, 2011

belangkasuwa - Tuan Hj Suratin bin Mohd Yasin

Al fatihah buat arwahyarham Hj Suratin..dan takziah buat ata sekeluarga
Arwah seorang yg sgt baik. walau aku br la kenal rapat dgn famili ata..tp keakraban itu seolah2 sudah bertahun2 lamanya perkenalan kami. aku akan rindu dgn 'ceramah falsafah' arwah. apa saja dia akan kaitkan dgn kehidupan. dia seorang ayah yg penyayang tetapi tegas.
aku xkn lupa masa 3 ari sebelum arwah dijemput pulang, dia sempat bergurau dgn aku tilik2 tgn aku sama ada aku ni boros ke x..hehehheeh..dia kata aku ni menyimpan..hehehehe...buat ms skrg ni, belanja jek la lebih..tp insyaAllah..menyimpan balik..
aku lihat wajah arwah ms tu, sungguh bersih dan tenang dan senyum saja..masyaAllah..maha suci Allah..pengajaran buat kite yg masih hidup ini. arwah terlalu baik dgn org..aku sampai di bandar penawar bersama jenazah. sampai di sana, ramai sgt org. air mata aku ni x usah ckp la.menderu laju bagaikan air terjun!sgt pilu hari tu. mak arwah masih hidup dan menangis2 tengok jenazah anaknya. manusia paling kuat adalah mak ani, isteri arwah. mak ani sempat cakap dgn aku.."Jannah jgn lupakan mak ani ye.."..terus aku peluk mak ani. mana bole aku akan lupakan dia..Aku xkan lupakan kebaikan manusia2 ini. mereka da aku anggap bagaikan keluarga sendiri.
semoga roh arwah ditempatkan dikalangan roh2 yang dirahmati olehNya, jasadnya dipelihara sehingga kebangkitan semua di padang mahsyar, amin..

~~Al fatihah kepada arwah walid, umi dan kakak naquiah..

Monday, January 3, 2011

welkam 2011

welkam 2011!moga tahun ini Allah memurahkan rezeki aku suami dan anas, kehidupan yang lebih baik. kesejahteraan di dunia dna di akhirat dan sentiasa dirahmati dan dilindungi dari penyakit yg merbahaya dan bala' bencana..amin!