Thursday, December 30, 2010

hadiah penutup 2010

semalam skuad bola sepak malaysia melakarkan sejarah setelah 14 tahun tidak menjuarai apa2 perlawanan bola sepak. kemarau sudah berlalu...huhuhu..tp harus diingatkan, jgn ini dijadikan sebagai madu sampai bila2..dan kita x perlu bagi pujian melangit. cukuplah sekadar apa saja. mmg mereka berhempas pulas. tp jgn hanyut dek pujian atau gelaran selapas ini, dan mutu permainan semakin pudar. bkn kite x pernah ada pengalaman sebegitu. harap2 kemenangan semalam menjadi pemangkin bg mereka untuk bermain dengan lebih profesional dan bertenaga di kemudian ari.
apa yg aku nk komen, ternyata smlm di minit ke 9 atau sepuluh, aku x igt la, masa indonesia diberi sepakan sudut, ada plak laser kene kt mata khairul fahmi. nah lihat, sape yg mulakan dlu? mana katanya yg malaysia menggunakan bomoh bagai?mereka harus terima kekalahan mereka sebenarnya.
kata suami aku, dia tgk pemain malaysia sudah semakin bagus. pemain indonesia main smlm mcm malaysia 5 tahun lepas la..kelam kabut!tp penjaring gol malaysia tu, Safee menjaringkan gol dgn penuh bergaya. mmg superb!tahniah kepada rajagopal kerana membentuk pasukan anak muda malaysia yg hebat!(pasni kompem dapat dato'..hehehehe)
apapun, tahniah buat pemain kebangsaan!mereka hempas pulas di padang, kite pon dapat habuannya..esok cuti umum..yahooooooo!!!

Wednesday, December 29, 2010

terima je lah...

Kelakar aku baca paper dari ari semalam mengenai perlawanan bola sepak malaysia dan indonesia..
kalau da kalah pada tempohari tu, terima jelah..ini tidak, pelbagai isu ditimbulkan. dari kes laser sampailah kes guna bomoh..aduyaiiii..x masuk dek akal langsung! cuba kalau mereka menang, xde plak nk bunyi2. kdg2 aku lihat, sukan ni da mcm bukan satu permainan, malah lebih kepada pertaruhan. terutama kepada peminat fanatik. aduhhh...inikan sukan. kalah menang tu adatlah. bila orang lain menang, dia x bole terima kekalahan itu, dok canang pelbagai. aku heran betul dgn penyokong indonesi. sampai buat demonstrasi depan hotel pemain bola sepak malaysia lagi. ntah apa2 la...
lihat jela malam ni...harap2 malaysia dapat bertahan dan dapat menjaringkan gol lagi. biarkan mereka tu dgn provokasi mereka. biarlah mereka terjun bersama-sama labu2nya..hahhahaah
jom mlm ni, kite bg sokongan kepada pemain muda bola sepak kita!malaysia boleh!

Monday, December 27, 2010

anak ibu sayang

skrg ni anas da pandai memapah. berdiri tp kene pegang meja la. aritu kt taska, aku tgk dia da memanjat. sejukkk perut aku!!ishhh anak ibu ni!nk kene babab bontot dia ni. merangkak mmg da laju la. kt uma tu, dia yg tukang kemas paper2 tu. mmg rajin ank bujang aku ni..hehhehe...kalau kt dapur tu, sibuk la dgn almari kabinet tu. aku takut dia diri, pastu dok pegang kabinet dapur tu, takut jatuh. yela, mulut dia bisng pastu mcm nk lompat2 sambil diri. kalau kite pegang xpe..ni dia sendiri2 tu..haiihhhh..ni blom pandai jalan ni. esok da pandai jalan, mau suara aku dgr pai tgkt 19..hahahahah
mcm tu la budak nk besar..xpela anas..nnt ibu beli toys lain ye..

huhuhuuu

dah lama aku x update blog ni..hehehhe..mmg x sempat semenjak2 ni. dengan ada wedding, dengan anas x sihat. kerja yang byk..uishhhh

28/11-1/12 aku ke kota kinabalu. mak mertua aku belanja all the things. dari flight, makan n transport. aku just byr duit penginapan jek..heheheh..mekacih mama! dia rs x best la coz mula2, aku mmg x leh nk cuti. tp nasib ms tu, bos aku pon ada course kt port dickson, so dia xde, aku xde xpe..jgn dia ada, aku xde, mula la dia nnt..hahahahha
 3/12 -  aku cuti lagi.aku ke kota tinggi. abg ada shoot gambar pengantin. bkn org lain pon. best buddy dia, ata. akhirnya, bertemu jodoh gak ata..heheheh..alhamdulillah. dgn 2kali lafaz, sah la dia menjadi suami org. esoknya kiteorang balik ke putrajaya semula. lepak mmg x igt la..
 5/12 - abg kandung aku, hafiz n family dtg uma aku. saje bw anak2 bercuti. ahad tu dia sampai dlm tghari gak la. then mlm tu bw dorg ke I-City, Shah alam. sampai kul 12 lebih..huihh...penat ke kota tu x abis lagi
6/12 - aku bw family hafiz g piknik kt sungai tekala. mmg seronok. aku bw nasi lemak. n kazen aku bw air n jajan2 la. tp da ptg tu, ujan lebat x igt punya. sampai umah da kul 6. pas magrib, ke uma kazen aku td tu kt GMI. dia ajak dinner. pas dinner, husband aku n hafiz with my kazen ke ukay perdana melawat seorang lagi kazen aku br kuar dr HUKM coz denggi. aku ni melepak la kt GMI ni pai kul 12. mak aiii..anas da mula mengaruk2 nk tido. kesian anak ibu. aku ni da mula rs2 x sihat. ye la, penat blk sabah tu x abis lagi, da mcm2 program menanti..huhuhu..mlm tu jugak hafiz blk jb...ajak2 suh amik cuti, x bole plak. yela, dia kije kt imigresen, mmg payah la..
10/12 - aku cuti lagi coz kali ni wedding belah ata plak, kt bandar penawar. lgi jauh la..anas plak da demam2..aku da serba salah nk ikut abg. tp kalau aku x ikut, if anythg happen, aku sorg2 plak. nk xnk, aku ikut gak. kiteorg tdo kt lotus, desaru. mlm tu badan anas mmg panas x igt. then aku terus g klinik. doc msukkan ubat bontot. cian ank ibu. aku buat sponging tgh2 malam kt dia. esoknya da ok da. tp tgh mlm sabtu tu plak panas blk badan anas. ari ahad tu blk ke putrajaya, mmg badan anas panas. tp pai uma, badan dia da ok.
Isnin tu aku bw anas ke taska mcm biasa. tp ms tengahri aku turun, tgk badan anas da kuar bintik2, mcm kene campak halus. dia da mula meraung2. abg plak kt shah alam. aku da x tahu nk buat apa. bila tgk anas mcm tu, aku pon jd neng yatimah la. bg air kelapa seme. aku suh abg blk. cancelkan meeting tu. dia sampai terus ke poliklinik Annur. doc bg ubat sapu n aku dapat mc 2 ari pai selasa jek. alhamdulillah..hehehh
Hari Rabu tu, aku minta tolong umi ruby untuk jaga anas kejap. tp badan anas da xde bintik2 tu. aku pon x pasti la campak ke apa ke. tp ri kamis bdan anas panas blk. pg2 tu aku terus ke klinik putrajaya. amik darah n doc kata darah clear. kene masuk ubt bontot lagi. kesiannya anak ibu ni. 
ari sabtu plak, aku ke uma ayah mertua aku di sungai buloh. da lama x ke sana. anas still demam2 skit. tp aku usung gak dia. heheheh..mlm tu plak, mak mertua aku dr batu pahat plak dtg. coz nk anta adik ipar aku naik sem baru. ahad dorg blk.
dari ari ahad tu sampai ari kamis, aku x cukup tdo. anas sejam2 bangun merengek2. badan dia pon da nampak susut. x tahu apa x kene. aku ni pegi la darul syifa' minta air. ikhtiar apa2 selagi bole. then ask kazen aku yg doc tu, dia suh beli ubat illiadin untuk ok kan selsema anas. mlm jumaat tu semburkan ubt tu kt hidung dia. then mlm tu tgk dia tdo ok jek. tp pg2 tu, ms aku nk pakaikan pampers, tgk telinga anas kuar nanah plak. aduh...anak ibu...apalagi ni sayang..x sanggup da aku tgk dia asikla makan ubat itu ini. tp dia mcm nampak happy n da x merengek2. pas jumaat, aku bw lgi ke poliklinik annur. doc bg antibiotik. dia ckp that why anas merengek2,,dia rs sakit..la kesiannya anak ibu...bila nanah tu da kuar, br dia rasa lega..
ni still lagi kuar nanah. n pagi ni plak, mata anas ada kuar tahi mata yg agak byk. aduh...arini nk g check up anas 7 bln. aku nk bw dia ke klinik putrajaya. aku nk jmp doc sekali. kalau bole nk mintak refer pakar kt hospital putrajaya tu..huhuhu..
bila anak sakit ni, rasa dada tu bagai dihempap2 bumi. rs nk jerit sekuat hati. tp aku tahu, ini semua ujian. yg mana aku perlu minta pertolongan dari DIA. selain aku da berusaha, aku sebagai ibu, doa yang terbaik buat anas...xpela anas, ibu sentiasa dgn anas...semoga anas cepat sembuh ye nak..

Monday, November 15, 2010

broga oh broga...

sabtu lepas, aku menggatal nk ikut abang g photoshoot kt bukit broga dgn tonjang n hurai..bkn apa, dr since aku peknen, aku mmg nk g bukit broga tu..tgk gambo cantik2 atas bukit tu. aku ni dgn bersemangat waja ni, kul 4pg da bangun. siapkan anas sekali ni. anas pon aku kene bw la, nk tggl dgn sape plak. kul 5pg bertolak dr umah. pai kt semenyih, kiteorg makan dlu. solat subuh kt masjid, terus ke bukit broga tu..pergh!!byknye keta. jem la gak.ramai betul org. dlm ati aku "emh..ramai ni..mesti senang nk daki bukit ni"..da park keta seme, abang bw anas guna baby carrier tu. aku bw beg kamera dia yg mmg berat dgn 2 botol air 1.5liter. jalans eparuh jek, aku mmg da penat. pergh...mencabar sungguh. aku tgk anas pon da tertido2 pai senget2 kepala dia kt baby carrier tu. mmg x bole blah..aku terus ckp nk benti da. nasib ada wife tonjang, farah ikut sekali. so kami pon jd pit stop a.k.a R&R..hehhehehe..mmg penat. nk bw beg kamera lagi..xpyh la..kaki pon da x leh nk angkt da..
so kiteorng mmg duduk jek la kt tpt tu. xpai pon pit stop yg pertama. dok hitung jek la org lalu lalang. sbb aku tgk mmg nk naik tu agak cerun gak la. kesian plak abg nk bw anas. dan yang lebih penting, kesian anas!dan ibu dia jugak..hehehehhe
aku hy dapat melihat gambar2 mereka tu dengan penuh rasa cemburu!hishhhh!!xpe2, next time...anas kene tggl kt sape2..hehehhe
broga, nnt aku tawan!muahahahahha!!!

Friday, November 12, 2010

masih ada yang jujur

masih ada manusia yg jujur di bumi ALLAH ni..alhamdulillah.
ari selasa lepas, aku n farah g pasar malam bangi. farah sibuk la nk beli brg2 utk rumah baru dia. aku plak mmg nk beli brg2 dapur. mmg keadaan terkejar2 sbb ms tu da magrib. dgn barang mmg banyak x hingat. kiri kanan ni penuh, dgn ayam, ikan, makanan bagai..pai2 uma mmg terus solat magrib n makan..
pai la esok pagi..ari rabu tu aku ada kursus kt hotel equatorial kl. so pakat la dgn member opis naik teksi jek dr erl. tgh aku dok cr2 duit, beg duit plak xde. aku pon call abg, nk mintak cash dia dlu. hehehehhe...ssh pyh abg patah balik ni, bg duit. tp dlm ati da rs mcm x best. coz sejak blk dr pasar mlm tu, aku mmg xde pgang beg duit aku tu. terus call farah mintak tolong dia check, ada x beg duit aku. dia call balik, mmg kompem xde. otw ke kl ni, ati da susah..rs mcm x nk g jek kursus tu...aihhhh..terus call maybank cancelkan kad. ohw..sedihnye!
x lama pastu ada org call...dia kata dia jumpa beg duit aku kt parking bwh uma aku. alhamdulillah..rs lega yg amat. rupa2nya dia maintenance kt bwh blok uma aku. then aku ty, mana dpt no hp aku. dia ckp dia call ijn. nasib ada kad ijn anas dlm purse aku tu. baiknye ati org ni. berusaha nk cari no hp aku ni. aku mintak abg g amik purse aku tu. org tu siap berkali2 mintak maaf sbb buka n bongkar2 purse aku tu. aku pon ckp, xpe2..
then smlm ms abg tgh sarapan pg, dia nmpk brother tu dgn kawan2 dia, husband aku pon bg duit kt dia, banje makan. siap nk pulangkan baki plak tu...uishhh...baiknye la...
mmg aku akan kenang jasa baik org tu la. moga ALLAH sentiasa memberi rahmat dan memurahkan rezki orang tu...amin

Monday, November 8, 2010

anas cirit birit, balik kampung, jalan jammed!

anas sebenarnye berak2 dari stat 31 aritu. aku ni rsau la..kata abang antibiotik yg anas makan tu ada side effect la..antaranya kene cirit birit. kesian aku tgk anas. kejap2 berak..air mata aku ni mmg la da x bole nk bendung2..kadg2 satu hari pai 7x dia berak. da ari kamis tu aku ckp dgn abg, bw g klinik tu balik. coz ms dia demam aritu, doc yg selalu dgn anas tu xde. jmp doc lain plak. tu yg aku nk jmp doc yg biasa tu. doc tu pon mmg bgtahu, mebi anas ada cirit birit, then mkn plak antibiotik tu, makin worst la..so doc tu bg smecta n air garam...aku bkn apa, sepatutnya doc yg bg ubt tu kene la bgtahu, mebi ada baby yg x serasi n simptom2 bila mkn ubt tu. aduyaiii.....
pastu kiteorg terus blk.ke batu pahat. nasib dlm keta anas x meragam. tdo jek kt carseat dia tu. da pai parit yaani, aku kejut dia. bg susu..tup2..berak lg..nasib baik uma atok suami aku dekat parit yani. so kiteorg berhenti dlu la. da tukar pampers, borak2 jap, terus sambung perjalanan ke umah mak mertua aku. pai uma jek, aku terus bg anas minum smecta tu. alhamdulillah dia nk minum. tgk mlm tu dia x berak. alhamdulillah..cian anak ibu ni..kalau aku tahu, dr awal da g klinik cepat2..
semalam blk ke putrajaya semula dr jb. bergerak mmg da lewat. singgah uma makcik aku, uma abg aku n uma ata. kt uma ata tu, abg berborak lama lak. aduhhhh..jam da kul 5 da ni. aku pon ajak abg blk. anas da tertido2 da dia..penat main td dgn abg aku. hehehhehe
pas pedas linggi, keta da mula slow..aduh..da stat nk jem la ni. abg kata nk ikut highway lekas, so exit kt senawang la. da masuk highway lekas tu, singgah solat jap. pastu terus balik. alhamdulillah, sampai uma da.kul 9 lebih la..mmg da penat x hingat punya da ni...hehehehhe

Tuesday, November 2, 2010

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha

Aku teringat akan firman Allah S.W.T dalam surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

Allahu Akbar!
entri aku kali ini, mmg agak lama aku peram..asik la kt dlm draf jek. aku mahu mengumpul segala kekuatan untuk menulis entri kali ini. baru-baru ini, (agak lama jugakla) aku membaca blog org lain yang mengisahkan kehidupan mereka yg penuh dgn tangisan. yg ada kematian ank kecil, ank yg sakit dan pelbagai lagi. bila bc blog2 mereka itu, aku jd psycho pd diri sendiri. takut mengenangkan kalau itu terjadi pd anak sendiri. nauzubillah! tak tahu la apa akan jd pd diri ini..x mahu!!
tp bila dibaca balik ayat surah al-baqarah tu, Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNYA. kita hanyalah manusia biasa. yang mana kita la yang menzalimi diri sendiri.
aku betul2 kagum dgn manusia2 yg tabah menghadapi perkara2 yg musibah dlm hidup mereka. 
walau kita da sediakan apa yg terbaik, tetapi Allah lebih mengetahui apa yg terbaik. 
oh...aku da x mampu nk teruskan..
salam!


 
 

anas first word

lupa pulak aku nk msukkan cite anas py 1st word..hehehe
mula2 dia pandai sebut...atak..atak..atak..
kdg2 bunyi mcm ayah..ayah..ayah..hehhehe
ni skrg da mcm2 bunyi da..asik la membebel jek..geram aku!
2 blom pandai ckp lagi. nnt da pandai, abis seme dia ty..hehehehhe

Friday, October 29, 2010

anas demam...:(

semalam pg anas da berak. pastu kata cikgu dia, kul 10lebih, dia berak lg. masa aku turun tghari, pas mandi, aku bg makan, susu, tbe2 dia berak lagi..aduh..anas kene cirit-birit ke? pastu aku rs badan dia da panas. jam da kul 2. bos ada lak. aku naik opis. kul 2lebih bos g miting, aku turun balik. tgk dia x tdo lagi. aku pon bg susu, pujuk2 dia, tepuk2, tdo da..aku call abg, bgtahu anas x sihat.
kul 6 abg pai opis, sempat lagi tu aku g mkn ayam penyet kt bangi..hehhehee...bdan anas da makin panas. apalagi, mandikan diadgn air sejuk. pastu bg ubt demam n susu. tgk da ok da suhu dia. kul 10 tu aku tdokan dia. dalam kul 1lebih tu, dia bangun merengek2..aku cek suhu badan dia..aduh!!naik lagi. aplagi, suami aku terus mandikan dia pastu bg ubat lagi. terus dia nk tdo...siannye..
bgn pagi terus ke klinik annur. doc bg antibiotik, ubat demam, batuk n selsema. pai uma da kul 11lebih.mandikan dia, bg mkn (even mmg dia xnk mkn n minum susu), terus dia tdo...abg plak nk ke temerloh dengan tonjang ada amik gambo org kawen. bermalam plak tu.dia da serba salah nk g ke x..tp aku kata, xpela...aku bukan sorang kt umah. ada ayu n farah teman..nasib ada dorang ni...
inilah 1st time aku mmg x tdo dgn abg since ada anas. dlu penah la gak ms awal2 peknen. aku balik jb sbb rs x best ms tu kt uma ni..hehhehe..ms tu kan hormon x stabil..
ni anas mcm da ok. suhu pon da reduce. da nk susu n nk main2. tp aku still continue ubat demam tu. takut2 nnt demam balik..
kesian anak ibu ni...Ya ALLAH..aku mohon, Kau lindungi anak ku anas dari segala penyakit yang merbahaya dan sembuhkan la segala penyakitnya...amin...

Wednesday, October 27, 2010

anas da mula nk duduk

hehehheh...skrg ni anas da mula nk duduk. sblm ni dia mcm stand tgn jek. gaya ala2 nk duduk, tp x berani lepas tangan. skrg ni dia da berani skit2 la lepas tgn. cuma bdn masih x tegak bila posisi duduk tu...agegeggege..bising mulut dia bila time duduk tu, sibuk nk amik kaki dia..hehheheeh...cayang iye!

penat

penat. letih. x cukup tdo.
itu jek yg bole nk describe entri aku kali ni.

25/10/10, aku half day sbb nk blk ke jb. pakcik yg paling rapat dgn aku nk pergi haji. so mmg wajib balik. dlm kul 2 lebih aku terus ke uma kazen aku di GMI sbb dia akan blk tumpang aku. gitu gini seme, kuar tol bangi da kul 3 lebih. sampai di dato'onn uma kazen aku ni da kul 6.15. pas mkn mlm, aku terus ke pasir gudang ke rumah makcik aku plak coz dia br pas operation. nk ke pasir gudang tu mmg jem skit. aduyaiiii
da kul 9.30 aku terus ke uma abang aku di bakar batu. igt sempat jumpa dia, tp dia da g kije plak. duduk kejap kul 10lebih terus ke CIQ, amik anak sedara aku n abang aku n terus balik uma. aku tdo kul 12 lebih. seperti biasa, anas mmg payah nk tdo kan sbb dia pon kepenatan. cian ank ibu ni.
26/10/10, kul 5pg aku da bangun. siap2 terus g uma pakcik aku yg nk g haji tu kt stulang. pai uma dia, tgk ramai yg x siap lg. aku pon ajk husband aku g solat dlu kt surau dkt area stulang tu coz ramai gile org kt uma pakcik aku ni. dlm 6.30 br gerak ke senai. duduk la kt senai tu pai kul 9lebih. pastu terus g mkn kt BBU. kemudian aku ke pasir gudang semula sbb beg tangan aku tertinggal kt uma makcik aku (mmg ini sifat pelupa x leh nk buang da..makin menjadi2). pai uma da kul 11.30. aku suh husband aku tdo. aku melayan anas, mandi n b dia dia makan. kul 1 lebih aku kejut husband aku bgn suh mandi n siap2. kul 2.00ptg, kazen aku pai uma n kiteorg siap2 dan terusgerak blk. pai machap, makn2 jap n sambung perjalanan. pai uma betul2tgh azan magrib.huh!!lepak x igt...aku mmg da x larat nk mkn apa2 da. pas solat isya' aku tdokan anas, aku pon tdo sama. tp mmg x dpt dto nyenyak sbb anas asik bangun2...selsema dia x baik2 lg..cian ank ibu ni...
dan pagi ni, aku rs mamai2. bawah mata mmg da lebam..pai org opis tegur, x tdo ke mlm td? hehheheeh...aku just jawap, tdo x nyenyak...hehehehhe

Wednesday, October 20, 2010

semalam

semalam akun my husband bw anas ke hospital putrajaya untuk check up jantung dia. kt buku appoinment pukul 11am. so dtg awal la. amik nombor seme bagai. tp jumpa doc kul 1.30pm!anas da letih. kejap2 mengaruk, bw dia pegi bilik menyusu. susukan dia, tdo. pastu bgn, tdo, bgn, tdo..pai aku ni da haus n lapo..
ms jumpa doc tu, anas seperti biasa, akan buat kelaku dia..hehehe..pandai anak ibu ni..habis jumpa doc, terus ke pejabat pos amik botol susu anas yg suami aku beli online tu. anas da tertido kt carseat dia. da lepas tu x tahu nk kemana. last2 abg ajak pegi damansara, dia nk pergi kedai kamera. (ini adalah hobi baru dia semenjak beli D90. ikan mmg da ke mana la...). cuaca panas yg amat..anas still tdo lagi. kesian dia!
kt kedai kamera tu, abg beli beg kamera. uih...lama gak dia pilih. dia mmg cerewet skit bab barang2 dia..hehehehe..(sory ye abang!  :) )
pastu kami ke one utama..(ini adalah tempat dating kami ms zaman2 bercinta dlu..hehehheeh)
saja jalan2, pegi MPH, belikan anas buku. kemudian beli roti antie anne, makan dalam keta n terus ke kedai kawan sekolah kami yanti. da lama x jumpa dia. anas apalagi, bukan main la dia ada orang melayan. lepak kt kedai tu pai kul 9 malam...balik mmg da penat, bg anas mkn ubt n biar dia main2..kul 12 malam baru dia tdo..
hiuhhh...semalam adalah hari yang penuh dgn aktiviti!

Thursday, October 14, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah..
aku dilahirkan sebagai seorang islam walaupun sepanjang hayat nk ditimbang tara antara dosa dan pahala, kiri yg lebih berat

Alhamdulillah..
DIA berikan aku cukup fizikal dan mental kalau nk dibandingkan dengan orang yg kurang bernasib baik

Alhamdulillah..
DIA mengambil umi terlalu awal dan mengambil walid sebelum aku berkahwin, DIA gantikan aku dgn 2 mak mertua dan 2 ayah mertua walau mereka tak mungkin sama seperti ibu dan ayah kandung sendiri

Alhamdulillah..
DIA berikan aku jodoh yg terbaik, seorang lelaki yang bertanggungjawab dan yang penting mampu untuk memimpin aku ke jalan yang baik

Alhamdulillah...
DIA berikan aku zuriat yang sangat berharga
DIA berikan kami ujian bila anas disahkan ada jantung berlubang, tetapi Alhamdulillah untuk sekian kalinya kerana lubang itu kecil dan dengan izinNYA, akan tertutup mengikut tumbesaran anas

Alhamdulillah..
DIA berikan kami sekeluarga rezeki. walau x semewah mana, tetapi cukup untuk semua
aku tak perlu nk fikirkan duduk di mana selepas berkahwin kerana ada kuarters yang sangat elok yang mana kalau diluar sewanya mungkin lebih rm900 ke atas

Alhamdulillah..
DIA permudahkan bila anas dapat taska di bawah opis aku kerana kalau tunggu queue memang tak tahu bila dan harganya amatlah murah kalau nk dibandingkan dengan hantar di tempat lain

Alhamdulillah..
kerana semalam aku menerima surat dari klinik mengatakan ujian pap smear aku normal..

alhamdulillah...Ya Allah..di atas semuanya..kalau mahu di tuliskan, x terhitung banyaknye...betapa aku ini hanyalah hamba yang x pernah puas dengan apa yang ada...


Tuhan Dulu Pernah Aku Menagih Simpati
Kepada Manusia Yang Alpa Jua Buta
Lalu Terheretlah Aku Dilorong Gelisah
Luka Hati Yang Berdarah Kini Jadi Parah

Semalam Sudah Sampai Kepenghujungnya

Kisah Seribu Duka Ku Harap Sudah Berlalu
Tak Ingin Lagi Kuulangi Kembali
Gerak Dosa Yang Menhiris Hati

Tuhan Dosaku Menggunung
Tinggi
Tapi Rahmat-Mu Melangit Luas
Harga Selautan Syukurku
Hanyalah Setitis Nikmat-Mu Di Bumi

Tuhan Walau Taubat Sering Kumungkir

Namun Pengampunan-Mu Tak Pernah Bertepi
Bila Selangkah Kurapat Pada-Mu
Seribu Langkah Kau Rapat Padaku

Tuesday, October 12, 2010

minggu berjimba

minggu ni sgt best. bos aku jarang ada kt opis coz ada persidangan WHO kt picc. yahoooo!!tp kdg2 kene aware gak la..mana tahu tbe2 dia muncul..x ke haru???
smlm pas lunch aku ikut husband aku g kl. so bw anas sekali. xde g mana pon. husband aku nk anta lens kt kawan dia. ada org nk tgk lens tu. nk jln2 kt kl tu, x tahu nk pegi mana. aku pon mmg x bw baju spare anas. nk jln2 dgn bj lengan panjang dia, mmg la mengamuk anak aku tu. bkn bole panas..hehehhehe
hari ni ptt bos aku ada mitg kt opis kul 3. rasanya pg ni dia x masuk opis kot. bole la aku merayap jap..hehehehehe

Thursday, October 7, 2010

anas da nk merangkak!

smlm anas menunjukkan aksi nk merangkak..dia da angkat bontot tinggi2, pastu position mcm org nk berlari tu. heehehhehe..tergoyang2 badan n bontot dia bile nk ke depan..hehhehe..comey sgt. apalagi 1 bilik tu dia explore la dgn gaya baru dia skrg tu..lupa lak nk snap gambo n video. xpe, nnt petang bole amik. cepat jugakla progress anas ni. alhamdulillah.. :)

Monday, October 4, 2010

anas da botak!

hehehehhe..anak ibu da botak! semalam ayah dia mengerjakan rambut anas..aku ni da risau da ni. ye la, husband aku mana ada experience cukur2 ni. lagi nk ckur kepala anak sendiri. anas tu bukan reti dok diam. adalah sejam lebih mereka dalam bilik air. tp hasilnya amat mengagumkan! x de luka2 n licin betul. thumb up 2 my beloved husband!

open house

alhamdulillah, success jugak open house uma aku sabtu aritu. jumaat tu aku da blk awal da. mmg kebetulan bos ada meeting kt pj. so aku mengambil kesempatan yg ada utk balik awal. tp x dpt buat apa pon. sbb anas x nk tdo. nk ajk main jek..huhuhuhu
aku masak kacang pool, spagheti masak merah n arissa. mostly makanan ni ramai yg x tahu ms dtg tu. so aku kene introduce makanan tu n cara2 nk makannye la..hehehe. alhamdulillah, mmg abis. tggl skit jek utk kami makan. sepatutnya jemputan dari kul 12 tghari pai 5 petang. tp da drag pai kul 10lebih malam. biasala, ada org yg baru2 tahu masa tu. xpela, atleast makanan ada.. kesian yg dtg da lewat, mkn apa yg ada jek.huhuhuhu
anas nasib baik x buat kelaku dia. kalau x da kene bedal dgn ibu. tdo kejap2 jek la. tp x la menangis2. letak dalam baby walker la. pastu ada org dukung2 dia, suka la. ibu mmg da x dan nk layan dia sgt.
malam tu org da balik, aku lapo nasi. nasib ada manja dan hurai, so dorg yg tlg belikan nasi.
yg paling best, adalah jumpa kawan2 yg rapat. susah nk jumpa seme2 dalam 1 masa. ni kira dapat jumpa la even just one night. jumaat malam tu cak tu telah menggunakan uma aku utk tempahan kuih yg aku tempah pada dia. ada ke patut buat kuih kt uma org yg tempah? hampeh sungguh..hahahahaha..tp yg bestnye, dapat byk la dlm 1 cup tu..hehehehehe...tp thanks 2 her coz tlg aku ms ari sabtu tu...kira timbal balik la..hahahahha

tp dalam banyak2 moment, sebenarnya dgn kehadiran 'mereka' la yg meriahkan keadaan...guys, mis u all so much!

Friday, October 1, 2010

jamuan raya

InsyaAllah esok, aku akan buat makan2 skit sempena hari raya. kira mcm open house gak la. kawan2 opis macam pelik la dgn aku ada ank kecik, pastu nk buat open house lagi. dorang ty, nnt x penat ke? penat 2 mmg penat la. tp aku happy bila tgk org makan masakan aku. hehehehe...
makan2 tu lain kira la..yg penting kawan2 rapat aku dtg. itu yg beriya sgt aku nk buat. sbb skrg ni, dorg2 ni kalau xde event, xde la nk kumpul ramai2 lg. pastu da lama kami x berkumpul n soseh2 mcm dlu2.hehhehehe..
keadaan da berubah. masing2 ada komitmen. bkn mcm zaman single2 mingle n zaman2 xde ank ni.
blk nnt ni aku bersilat la kt dapur dgn anas.hheheeh..

Thursday, September 30, 2010

anas dan baby walker

alhamdulillah..anas ni murah rezekinya. ada jek org bg brg2 utk dia. kelmarin, husband aku pegi umah kawan dia amik brg2 baby ank dia yg da x guna lagi. byk gak la. baby walker, pastu mcm keta tolak untuk budak baru berjalan (aku x tahu apa namanya), mainan n getah puzzle yg ada abjad tu yg lekat kt lantai (ini pon aku x tahu apa namanya). kawan dia tu nk bagi car seat n katil budak, tp keta da x muat. hehhehehehe...en. orang tua, time kasih ye!
so semalam anas x nk tdo, kiteorg letak dia dlm baby walker bersama monkey dia tu..wah!! bukan main seronok lg dia. tp kesian anas, uma aku tu sempit. so xde la luas sgt dia nk main. xpela, nnt ibu beli uma besar ye syg...hehhehehee
nk tepek gambar anas, x amik plak smlm. amik video jek..nnt la aku upload..daaaa!

Wednesday, September 29, 2010

anas 5 bulan

anas da nk masuk 5 (1/10/2010) if ikut tarikh. tp kalau ikut mggu anas da 22mggu lebih. banyak da yg anasda pandai. kelmarin, dia da pandai meniarap. sblm ni dari meniarap, dia bole melentang. now dari melentang da bole meniarap. semalam dia da dapat mkn ibu jari kaki dia.hehehhee..orang kata kalau pandai hisap ibu jari kaki, dia da nk adik..ohhh tidak!!!later la..lmbt lg. nk bg tumpuan pd dia dlu..heheheh..
la ni, mmg anas da makin lasak. kalau tido kt taska tu, da keluar dari tempat tilam dia.heheheh..anak ibu..anak ibu...

ibu, anas nk makan!

huihhh...anas da nk makan da. td tghari seperti biasa, aku akan turun ke taska anas. lepas cikgunya da mandikan anas, letak anas kt tengah2 tempat main. adalah seorang akak ni, tgh bg anak dia makan roti. anas tgkkan jek. pastu akak tu ty aku, anas da bole makan ke. aku ckp x berani la. sbb belum 6 bulan. aku just bg dia mkn pisang jek la. tp kalau ikut kiraan mggu, anas da 5 bulan lebih. tp kalau ikut tarikh, baru nk masuk 5 bulan. then akak tu hulur roti sikit la dlm mulut anas. bukan main dia makan. pastu mengamuk nk lagi. aduhhhh...mana aku nk cr makanan utk dia. yang mak2 lain kt situ tgk, suh aku try bg anas makan beras merah. dorang offer la beras merah anak dorang py. bukan main lagi anas makan. aku lambat bg skit jek meronta2 marah ni..alahai anak ibu..cian dia. aku pon mmg x buat byk la. biar dia try rasa dlu. marah ni bila da abis. takkan aku nk mintak lagi kot. lagipon itu 1st meal dia. so aku x berani nk bg dia makan byk2.
aku pon terus call husband aku. kebetulan dia kt giant tgh beli brg umah. aku pon cite la kt dia. minta dia belikan beras merah tu. kesian anas...rupanya da nk makan da anak ibu ni... hehehehhehe

Monday, September 27, 2010

anas, pisang n sembur2

ni nk cite psl ank aku pulak. aku da bg dia mkn pisang la.aku kikis2 dgn sudu, bg dia mkn. tgk dia suka jek. kalau lambat marah aku tu. yela, nk kikis2 pisang tu bkn leh cepat2. pastu ni dia da pandai sembur2 air liur da..geram aku tgk...hehhehehe
tp skrg ni manja betul. kata husband aku, mengade. nangis mengade. kalau agah bkn main gelak2 dia. sayang ank ibu. x tahu la berat dia bape skrg ni. harap2 biar la naik byk skit. aiiihhh...bila cite psl ank ni, jd rindu plak. pdhal baru anta dia td kul 8. pdhal leh jek aku turun sbb anas kt taska bwh opis ni jek..hehehehhe
tp xpela..aku nk biar dia tahu, ibu akan dtg tghari jek. lgpon aku akan perah susu kul 10lebih. x sabar nk tggu dia 6 bln..nk bagi makan bubur..hehehhehe

beraya lagi

jumaat lepas famili abg2 aku dtg...penuh la uma. tp best la. coz dorg ni x selalu dtg uma aku. excited la gak. dorg naik kl coz ada ank pakcik aku kawen sabtu tu. then beraya la sekali.
tp mmg penat la. dorg sampai jumaat tu da pukul 11.30mlm. then ari sabtu pg pergi ke kota seriemas, uma makcik aku. dia buat aqiqah cucu sulung dia. dok kat sana pai kul 1lebih. pastu terus ke usj, uma makcik aku plak. dok uma dia pai kul 5lebih. pastu terus balik uma, siap2 apa seme. pas magrib ke petaling jaya pulak. wedding ank pakcik aku. mak ai...mlm tu jalan mmg jem jek kt mana2. pai petaling jaya da kul 9mlm. mkn2 n bual2 dgn sedara mara, terus balik. abang2 aku pon terus blk jb mlm tu gak..sedih!tp nk buat cane, abg aku hafiz tu kije ari ahad..xpela, next time dorg dtg lagi..weeeee!!!

Friday, September 24, 2010

salman muhammadi

nama saya Salman Muhammadi
ibu sedang peganag saye
ini dua2 anak ibu
salman, jgn usik adik..
ohw..anas da balas balik..jgn gaduh2 anak ibu
ok, dua2 dok diam2..

macam ni la anak ibu...sejuk hati ibu tengok
dia adalah anak angkat pak cik aku merangkap anak susuan aku. aku pon baru tahu yg pakcik aku amik anak angkat ms aku balik jb lepas habis pantang. pakcik aku cerita yg ank angkat dia, salman ni kene masuk wad coz H1N1. aku pon dengan rela hati, bagi susu aku pd dia. mmg x pernah jumpa pon. just bg susu perahan pd dia. sehinggalah aku balik jb masa merdeka. berderai air mata aku ni. salman ni kanak2 istimewa. dia ada sindrom down. haru hati aku. nasib anak ni tak dibuang di mana2.
dan raya lepas, aku jumpa dia lagi. kali ni aku bergambar dengan dia. ibu doakan semoga tuhan memberikan Salman kesihatan yg baik dan menjadi anak yg soleh, memberi kemurahan rezeki dan sentiasa dilindungi olehNYA..amin

Tuesday, September 21, 2010

...cinta hati saya...

amira n zahra
anas bersama abang susuan, salman
beheshti, pah n imani
my beloved son, anas
my family
my brother, halim n hafiz
the only my beloved husband!
terima kasih tuhan kerana memberi aku peluang untuk bersama mereka!

make over

hehhehehe..
inilah gambar2 aku setelah di make over kan oleh cik kiah lancome itu!




 
gaya2 ini telah di ajar oleh en. abu yg juga kawan cik kiah!hahahah

Monday, September 20, 2010

monday blues

uih..kejap jek da 11 syawal..rs nk patah balik ari last puasa..hehhehee
seperti biasa, bila da cuti panjang, mula plak ari isnin, terasa mcm nk bw selimut, katil dan sebagainye ke opis. ngantuk bangat aku arini. mood mmg xde maknenya nk kije..igt nk upload gambo2 raya, tp x save dlm pendrive plak..
aku teringat hari rabu last kije sebelum cuti raya aritu..hehehhe..
dlm kul 10 suami aku msg, bgtahu hp dia da bole amik kt shah alam. aku pon bls msg dia, nk ikut. dia pon bls blk, jomla. dlm ati berkira2 ni. nk g ke x. kalau x g, bosan lak kt opis. mmg seme org da xde. tggl la bape kerat jek manusia. tp kalau g, kesian plak anas. nnt thgari dia sorg2 plak. emh..xpela, aku kene blajar tggl2kan anas. nnt payah kalau kursus ke apa ke..hehehehe..alasan semata! dlm kul 10.45 tu suami aku pai opis terus ke shah alam. pastu kami ke mid valley. suami aku nk belikan perfume yg aku idam2kan itu...yeayea!!sampai midvalley, terus ke jusco n beli perfume tu. salesman tu ty la aku nk mekap x, coz free. aku pon kata ok. pas mekap dorg suh amik gambo..da la aku ni haram x tahu nk posing2 tu. dgn baju kurung yg mmg agak serabai..hahahahah!!aku pon layan kan jek la..ohw..cantik jugak ye bila da mekap. hehehehe..nnt aku upload gambo2 tu ye...
dr midvalley, terus ke mines. coz suami aku nk cr brg2 komputer dia. hujan lebat plak tu. mmg pai opis da nk dekat kul 5. cian anas da nangis2..huhuhu..aku pai opis terus punch dan balik. itulah kisah aku, mmg dtg kije, punch kad,borak2 kejap, kuar pai ptg, blk opis kemas2 brg n punch balik...mmg makan gj buta!hahahahhaha

Tuesday, September 7, 2010

raye..raye..dan raye lagi

tggl lg 2 hari nk sambut hari raya. ini kali pertama aku akan beraya sebagai seorang ibu..huihhh..sgt teruja!bkn teruja apa, teruja nk collect duit raya bg pihak anas..hikhikhik..yela, dlu aku kuar duit. ni aku kuar duit n msuk duit jugek..muehehehe
baju anas seme da siap. bkn main mhl lg bj dia.mengalahkan bj aku. sepasang jek da nk dekat rm100. itu br sepasang...aduyaiii..terpikir plak, org yg ank kembar tu mcmne la ye??aduh..kopak!tp xpe, bkn selalu beli bj mhl2..ehhehehe. tp xde la mhl mana pon..biasalah, seluar jeans bb kan mhl. itu yg jd dekat seratus tu...
esok da nk blk bt pht. utk kali ke3, aku akan beraya di rumah suami dlu. dan seperti biasa, raya kedua pg tu aku akan blk ke jb sampai raya ke6. ok la tu kan? cuti pai raya ke10..heehehe
barang2 aku da pack mlm td. tggl nk msukkan skit jek lg bj2 lain. beg anas da siap. sendat la bonet keta. plg byk brg adalah brg anas. dgn stroller, playmate, bakul, beg, pampers, dan toys2 dia..seme tu x leh tggl.
yg plg penting sekali, duit raya yg da diisi, jgn lupa bw..nnt parah pulak..huhuhu
ok la, dikesempatan ini, nk ucapkan selamat hari raya kepada semua. maaf zahir dan batin..berhati2 dijalan raya...!

anas sebulan

saya tgh tdo, ibu n ayah kacau saya

alala...cebikkan muka tu..

mengigau..senyum sorg2 time tdo

ni gambar kaki pulak

keciknye jari iye...

muka x puas ati dgn ulat tu




senyum2...

dia anugerah dari tuhan yang x ternilai harganya..kesayangan kami, buah hati kami, keutamaan kami..terima kasih tuhan...

Monday, September 6, 2010

kuih..oh kuih...

sabtu n ahad lepas sempatlah aku buat kuih 2 jenis..biskut sugi dan choclate cookies..itu jek la yg sempat aku buat. itupon aku buat utk 3 rumah. rumah aku kt putrajaya, rumah jb dan rumah mak mertua aku. 
biasala, da ada ank ni, mmg x dptla nk buat byk2 mcm tahun lepas. buat kuih yg simple dan senang. itupon anas asik la bangun2 jek. x senang aku nk buat kuih. heheheh...kuih yg lain adalah kuih tunjuk saja n kuih oder saja..xpela, 2 jenis pon ok la..janji buat dari xde..kalau x buat kuih ni, mcm x raya la gitu..

jalan jalan buka puasa

4 september kami ( aku, kamil, ayu, anum, hurai, azimah, nurul, arip, laili, laila n suami laila (hud) ) pergi berbuka puasa kt maeps serdang. lama da plan kiteorg ni nk buka pose..mmg xtvt tahunan la ni..kalau sblm ni, mesti g buka pose kt umbai..sanggup tu g melak semata2 nk buka pose jek. tp thn ni memandangkan ada bb kecik, so buat dekat2 jek. mcm2 la tpt buffet ramadan yg di explore kt tenet ni..last2 g yg kt serdang sbb katanya tpt best n makanan pon sedap..
so apalagi, kami pon booking la...
tiba pada hari yg dinanti2kan itu, semangat aku nih nk g buka pose dgn kawan2..even ari ujan renyai2, tetap ku redah juga..anas pon diam jek melayan kehendak ibu dia ni..heheheh..
sampai2 jek, aku da nmpk da table tulis nama mahayu (11 orang)..dalam ati aku, aikkk..mja bulat utk 11 orang?xpe2, g ty jap..kot2 ada mahayu lain. aku pon ty la nama reservation nama ayu. terus dia tunjuk meja yg ku lihat td..aduh!!!!da la dgn x beralas, plak tu nk sumbat 11orang makan kt meja bulat yg sepatutnya 8 orang makan. gile apa?ingat budak kecik yg g mkn ni. da la dia bg mcm bwh khemah tambahan. aku mmg da nk hangin da ms tu. da la byr rm39.90. plak tu ada org yg dapat tpt mkn aircond..perghhh..diskriminasi betol la!xpe2, aku tahan ni, tggu time byar nnt..
meja tu da 1 hal, ni makanan plak x cukup....mak aiiii...aku ni da la mkn bergilir2 dgn suami aku. mmg makanan x ckup.aku pon x phm management dorg ni..aku jln pai ujung, tgk ada orang yg mkn langsung xde khemah!da la ujan ms tu..even x lebat, kalau dok jek bwh pokok, basah la jugak baju tu..
dorang ni mmg nk amik untung jek. x kira la orang tu mkn kt mana. pttnya x bole la da sumbat orang selagi bole sumbat. ni dgn nk jln pon berlanggar2 kerusi meja. apa kes??
time nk bayar tu, aku mintak ayu duit nk bayar tu. apalagi, aku sound la org cashier tu. ckp dgn meja x beralas, dgn ada kesan ubat stapler yg besar tu..da la meja kayu, kalau budak2 yg mkn, mungkin akan bole kene masuk selumbar. bkn aku nk demand mcm bagus sgt aku ni. tp pk skit keselesaan org. byr bkn 10ringgit sorg. tp 40ringgit sorang. ini adalah kali pertama dan terakhir aku akan makan buffet katering tu...huhuu

suatu ketika dlu...episod kedua

episod kedua ni aku nk ceritakan ms pas anas da kuar. aku ni sorg2 lg ni kt labour room. suami aku da blk. dia mmg da penat seharian dgn aku. aku tgk jek muka anas.hehhehe..haahla, bibir dia ikut aku..heheheh..mestilah, ank ibu kan!pandai anas. pilih tarikh 1 mei..satu dunia cuti ms birthday anas nnt..heheheh

da pukul 10lebih baru aku blk wad. aku tgk kepala anas mcm ada bengkak skit. nurse kata itu sbb da lama sgt kepala dia kt pelvik..yela, 6mggu kt kawasan pelvik. cian ank ibu. tp nurse kata nnt akan ok sendiri. ms nk discharge kuar, aku tggu anas x kuar2 dr bilik doc. dorg nk cek bb sbl kuar wad. lamanye..aku da mula x sedap ati ni. pulak tu ada uncle aku yg doktor ni ty aku mcm2. aku da rs mcm something wrong jek. mula la airmata aku ni berderai2..tp alhamdulillah, da mlm br aku n anas dpt kuar spital.

mlm tu anas menangis x henti2. tp biasa la, dia br nk sesuaikan keadaan br. esoknye aku tgk dia mcm ada kuning2 skit. tp uncle aku kata tggu kalau kuning da kt paha br g spital. tp ms tu masa anas da 4hari, aku rs bdan dia panas jek. terus call suami aku. terus pegi emergency kt hospital putrajaya. doc pon bising la sbb ms tu bacaan demam anas 38.7. doc kata kene tahan wad ni. aduh...sayunye ati aku. pastu dorg anta anas ke NICU sbb kuning n demam. mulalah doc ty aku mcm2. bising la aku mkn air gamat n lada hitam. sbb dia kata x seme bb akan tahan dgn jamu atau bende2 panas ni. apalagi, menangis x henti2 aku ni..doc suh aku buang susu aku selama 24jam. sedihnye!!

alhamdulillah, esoknye anas da bole kuar. kesian tgk tgn dia byk kesan kene cucuk. alahai ank ibu...x sanggup ibu tgk anas mcm ni..(skrg ni air mata aku da stat bergenang2) tp sblm kuar tu, doc ada ckp mcm ada extra sound kt jantung anas. aku lg la rsau. dia bg appoinment 7 mei utk buat scan. tp 6 mei tu anas kuning naik lg, so kene ke hukm sbb putrajaya da penuh. aku pon ckpla dgn doc kat hukm yg anas ada appoinment ari esok untuk scan jantung. doc tu pon tlg la utk tukar tarikh scan tu. aku pon ty la, apa maksud murmur yg doc putrajaya tulis tu. dia pon dgr la jantung anas tu. pastu muka dia kerut2 jek. aku ty kenapa. dia kata selalunya extra sound ni, jantung berlubang...ya Allah.. aku terus terduduk dan nangis2 x henti2. doc pon pujuk2 aku. suh kuat sbb bb tau if aku sedih. ya Allah...apalagi dugaanMu ini..aku terus msg suami aku, suh dtg cpt..x sanggup nk tanggung rasa sorg2. bila suami aku sampai jek, aku terus peluk dia dan cakap anas suspek jantung berlubang. suami aku mmg sgt tenang..yela, da dgn aku yg mcm ni, kalau dia sama sedih, dua2 sedih, payah la..ms tu, aku mmg da x bole handle da. kepala ni pk mcm2..da la baru ari ke6. org ckp tgh pantang x baik menangis2..tp mana bole x menangis. tuhan jek tahu perasaan aku ms tu.

esoknye kami da bole kuar wad..appainment utk scan jantng tu 17mei. so ada lg 10 ari lg aku nk tggu.

17mei tu, aku terus ke hospital putrajaya. yg buat scan tu bkn doctor. tp pembantu perubatan. aku ty la dia pas scan tu. mmg ada lubang ke. dia kata dia xlayak nk terangkan dgn aku, tp dr scan tu mmg nampak ada lubang tp less than 2mm. dia kata selalunya akan tertutup sendiri. Allahu Akbar!dalam keadaan sedih, Allah bg juga aku kegembiraan. xpela, as long x besar, ok la. mulalah suami aku google kt intenet psl jantung berlubang ni. mmg byk yg kata less than 2mm, akan tutup sendiri. dan aku pon k juga, skrg seme da canggih. anas mesti akan sembuh, insyaAllah.

25mei tu aku jmp doc lg kt hospital putrajaya psl kuning n jantung anas tu. doc kata kene amik urine n darah utk kuning anas tu. sbb da lebih 2mggu, bacaan kuning anas masih tggi. doc dgr kt jantung anas da x bunyi apa2. dia assume lubang da ttp. tp aku ni sbg ibu, ttp x puas ati. mana bole dgr2 jek. mestilah buktikan pada ibu n ayah dia dgn scan blk. tp ms tu aku x ckp apa la. satu mggu lepas tu, aku call hospital utk tahu result darah n urine anas. nurse kata urine anas ada kuman n bacaan tiroid anas x normal. sekali lagi, Tuhan bagi lagi aku ujian. nurse kata kene dtg lg untuk amik darah n urine. aku da x sanggup nk dengar suara anas menangis2 kt dlm bilik bila nurse amik darah n urine dia. sbb parents mmg x bole msuk..kesian ank ibu ni...anas kene kuat ye sayang...

28 jun, aku pegi lagi hospital putrajaya utk appinment anas. doc tgk urine n darah da ok. alhamdulillah. syukur!aku pon ckp dgn doc, aku nk dia buat scan blk psl jantung anas tu. dia pon dgr..n mmg ada bunyi..pulak da...aritu kata da xdgr, ni dgr blk. doc pon bg appoinment ke IJN pd 21 julai.

21julai tu aku ke ijn. doc yg scan jantung anas tu da la foreigner. ckp english pon x bape sgt. aku rs doc dr bangladesh rasanye..heheeh..dia scan2 pastu dia kata not to be worry..very small..itu jek!pastu nurse yg melayu tu dtg ckp, jgn rsau sbb lubang kecik. nnt dtg blk lepas 6 bulan. yg kiteorg ni tercengang2 la...at least, terangkan la apa2. nk jugak tahu bape mm lubang tu...aduyai...tp alhamdulillah, x serius. harap2 lubang tu akan tutup within next appoinment..amin!

suatu ketika dulu...episod pertama

episod pertama ni, aku nk cerita psl aku mengandung..emh, aku mengandung ank yg pertama, pd bulan mac 2009. tapi takdir tuhan, selepas 3bulan peknen, gugur..rahim mmg x kuat..since awal peknen, asik bleeding..mcm2 da buat.pergi jmp pakar, kene injek, mkn ubt kuatkan rahim (duphaston), tapi Allah yg tentukan segalanya..kemudian, aku peknen sekali lg pd awal syawal..alhamdulllillah...Allah gantikan semula yg hilang..ms tu aku blom pai due period lagi. tp beberapa ari sblm aku buat urine tu, kerap jugak la tgh mlm aku kene simpul biawak (antara tanda2 ms peknen yg 1st), pastu aku rs mcm letih sgt, loya..tp  xnk la harap2 sgt sbb ms tu bln pose, takut loya n penat pose jek..yela, ms tu da akhir2 ramadan.tp aku nk gak cek, so aku beli la digital urine test. sampai2 uma aku terus test..alhamdulillah, terpampag tulisan 'pregnant'..syukur, alhamdulillah..berderai2 airmata aku ni.suami aku blk jek, terus tunjuk pd dia.sia senyum jek kt aku..hehehehe

awal syawal tu dirumah suami aku, pulak tu ada famili gathering besar2..suami aku da pesan, jgn buat kije apa2..tp yela, x kn kite nk ddk jek kan. lg uma mak mertua..huhuhu..petang tu aku da rs sakit perut yg amat..terus pergi hospital pakar. apalagi, doc pon bg injection n bebel2 la..hahhaahha...esoknye raya kedua tu, aku blk jb..tgk2 jek, alamak, bleeding la...aduh...aku da mula rsau..takut berulang lagi..dan aku da mula rs pening2 mcm nk pitam bila kt tpt ramai2. mula2 x nk la kecoh2 aku ni peknen, sbb awal lg, tp mmg x bole da. org pon perasan aku ni semacam jek.

blk dr jb, aku terus ke klinik kesihatan. doc x bg kije dan aku dptla mc.mc abis, g lagi klini, dpt lg mc sbb bleeding. pastu g azzahra, jmp doc yg dlu tu, apalagi, kene injek la. morning sickness aku mmg teruk. x bole mkn apa. yg aku bole mkn, biskut cream cracker dgn air teh o. lain seme x lalu..asik la muntah jek. pai aku rs depressed yg amat..asik nangis jek. x tahu nk buat apa. sbb x kije, sorg2 kt uma, plak tu x leh mkn apa, rsau bleeding..lama gak la aku x kije..awal bln 12 tu, aku jmp pakar kt hospital putrajaya.dr. noraihan..doc ni mmg best..plak tu dia head of department O&G, mmg dia jg aku betul2 la..dia scan tgk uri aku kt bawah. mebi itu yg menyebabkan bleeding. so mmg aku rehat la..x bole byk grk. kandungan da 4bln lebih br aku kije..itu pon kejap jek. ms 30mggu, kepala bb da msuk kawasan pelvik. kata doc terlalu awal sgt. itu mcm org yg da 36mggu. doc takut aku bersalin awal. aku dpt lg mc yg pjg dan doc x bg aku jln2 sgt.so dia injek utk kuatkan paru2 baby. ubat tu sakitnye, hy tuhan jek yg tahu.nurse tu pon mmg ckp ubat tu sakit. dia suh rehat dlu sblm jalan. aduhhhh....kene 2x plak tu. pg sekali, mlm sekali. huhuhu...dlm ati ni pk, brg2 x beli lg ni..mula da panik. esoknye, (tgh dlm mc ni ) aku n suami g beli brg2 bb. rsau py psl..ni kalau doc aku tahu ni, harus dia bebel2 dgn aku.

 28hb april tu, mlm tu aku x leh tdo. sakit perut semacam. nk buang air besar, x jugak. berkali2 aku g toilet.pai da nk subuh aku x tdo2 lg. esoknye ada appoinment dgn doc noraihan. pg2 tu teus g spital. aku bgtahu la aku rs sakit perut. dia ty ada kuar air apa2 x. aku ni manalah tahu kan. dia cek jek, dia ckp, u da leaking la dear..pastu dia ckp kt nurse, send her to labour room..what????aku da mula panik!da nk bersalin ke ni..aduh...aku pandang muka abg..sambil ckp, abg, nk tgk ironman 2 arini..(buat muka sedih)..itula akuni, g beli tiket wayg, awal2..huhuhu..
 
doc terangkan dgn aku, aku kene bersalin dlm 24jam. so dia akan induce utk buat ada rs contraction..aduh..takut da ati aku ni..abg terus blk amik brg2 aku n bb. wad pulak penuh. so aku ddk dlu kt wad daycare utk tggu pai wad kosg. da kul 2lebih, br aku msuk wad..perasaan cuak tu x tau nk kata apa..da mlm tu, doc jmp aku lg. terangkan dgn aku induce tu apa. kesan2 nye..aku mula nk argue2 dgn doc..hehehehhe..yela, aku pk nape nk kene induce sdgkan aku x rs pon air ketuban tu kuar. tp kata suami aku, doc tahu apa yg dia buat.

 30 april kul 7.30 pg, aku da kene induce..10minit pastu aku da mula rs sakit2 da...huihhhh...sakit yg bole tahan lg la..tp ttp sakit. sblm doc nk induce, dia tgk da buka 1cm. so mmg bb nk kuar da sbnrnye ni..heheheh..kul 12lebih, doc cek da buka 2cm n ms tu doc mcm buat apa ntah, pai kuar la darah. aku da x lalu nk mkn da time tu. kul 6lebih, da buka 3cm..aduh..doc kata mebi subuh aku bersalin. hah?? nk tggu subuh??xpe2, kene kuat semangat..da kul 8lebih tu abg kene blk. so aku ni mlm2 tu jln2 kt sekitar wad. nurse suh jln2 sbb nk cepatkan bukaan tu..kul 10 tu, doc pggl n cek, dia kata da bole pecahkan air ketuban. aku pon call suami aku suh dtg terus ke labour room.  

bila air ketuban pecah, mak aii...sakit tu, tuhan jek tahu. aku msuk labour room kul 11. suami aku pon da ada kt sblh..sakitnye tuhan jek la yg tahu..aku sakit lama gak la. nurse tu kata kalau induce mmg sakitnye lebih dari sakit contraction normal dan makan msa skit. sbb paksa rahim utk kuarkan bb..da kul 4.15pg tu, suami aku nk g solat isyak. aku pon tggl sorg2. aku da x tahan da ms tu. pggl nurse. ckp rs mcm nk meneran. dia ty, x nk tggu suami. aku kata xpela, da x bole tahan. x lama tu aku dgr ada nurse lain ckp, ni suami dia da sampai ni. aku tgk suami aku da masuk. ms ni aku da rs kepala bb kt bawah. uih..nurse n doc seme bg semangat. aku ni da x igt apa da.. asik meneran pastu tarik blk..hehheheh...yg last tu, doc suh aku meneran abis2..aku pon meneran abis2, dan kuarla anak aku Anas Al Hazim..terus ilang sakit perut tu seme..dia lahir jam 4.54pg dengan berat 3kg dan pjg 52cm..alhamdulillah...

 pelbagai dugaan dah aku tempuh sblm diberi anugerah yg paling indah ini. dari gugur yg pertama, mslh ms peknen dan hinggala besalin..tp xpe, bak kata celcom..memang berbaloi2..heheheh

Entri Pertama

Bismillahirrahmanirrahim....salam semua!ini adalah entri aku yg pertama. aku ni xde la pandai nk menulis sgt. tp oleh kerana skrg ni da x byk kije (hehehhe...) dan ank aku pulak da 4bln lebih, byk bende yg dia da pandai buat...so aku xnk sweet moments tu akan hilang begitu saja...kalau aku tulis, sekurang2nye, aku bole bc blk if aku lupa..hehhehe...blog ini da mcm diarila jd nye..so, pada yg x suka apa yg aku tulis nnt, jgn baca da...heheheh..