Sunday, May 1, 2011

Untuk anas

hari ini genap anas setahun. sekejap jek masa berlalu.bila ibu imbau balik setahun yang lalu,byk yg ibu belajar...semua bila kehadiran anas dalam hidup ibu.
anas, ibu sangat bangga dengan anas. ibu tak harap apa-apa dari anas.cukuplah kalau suatu hari nanti hidup anas  akan dihargai dan anas pula tahu untuk menghargai, didunia dan di akhirat.
dan ibu doakan agar anas dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang bermakna sehingga akhir hayat anas..Semoga Allah akan melindungi dan memberkati setiap langkah kaki anas.
Ibu halalkan susu ibu untuk anas. biar pun ibu x tau apa yang akan mendatang. ibu harap dan doakan semoga anas menjadi anak yg soleh, hambaNya yang taat da paling penting anas bijak dalam membuat apa jua keputusan dan tindakan anas.
Anas, sygnye ibu pada anas, x mampu untuk ibu ungkapkan. x kan ada apa jua yg boleh dibandingkan dan x akan ada satu pon harga yg bole dibayar..untuk itu, ibu terlalu sayangkan Allah kerana Dia la yg meminjamkan anas kepada ibu sebagai peneman di dunia ini...
Anas sayang, .
moga nnt Allah memberi kesempatan kepada ibu, ayah dan kite untuk meraikannya sekali lagi di tahun-tahun yg mendatang..
Ibu sayang anas..sehingga nafas ibu yang terakhir...
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Yg Pertama untukmu sayang.....

No comments:

Post a Comment